Tuesday, September 6, 2011

raya lah weyh! raya!

selamat hari raya aidilfitri semua! oooh..i'm having owhsemm raya.. ape2 pon sedih la nok..bulan puasa dah berakhir..dapat ke jumpa lagi tahun depan? itu semua kerja ALLAH..aku rasa raya tahun nih bermakna untuk kita rakyat malaysia kan? ye lah mana nak merdeka lagi..nak sambut raya lagi..alhamdulillah..kita hidup dalam sebuah negara yang aman...masih boleh sambut raya dengan cukup pakai..cukup makan..cukup semua..apa yang kita mahukan sekarang adalah sebuah negara yang lebih baik dari nih..baik dari segi pembangunan, rakyat yang bijak berfikir dan yang penting sekali kita tak hilang nilai-nilai sebuah negara islam..

raya aku? biasa-biasa je..aikk..kat atas tu bukan main kau owhsemm la sangat..meme la nokk..bagi aku owhsemm tu biasa-biasa la..family aku tak ada la beriye benor sambut raya..sederhana je..first day je lah meriah..sedara mara datang..berkumpul..memang kecoh la..dapat pulak sepupu sepapat yang happening tak ingat..tapi raya kedua dah biasa-biasa..sebab parents aku dah start puasa 6..so memang orang datang rumah pon makan biskut raya je lah.. nan ado la makanan penuh meja sampai raya keempat..kelima..nan ado..

tok loh's family (walaupun tak cukup ahli)



dan seperti biasa..geng van hijau dah pon selamat membuat serbuan ke rumah-rumah cikgu, kawan-kawan lama dan yang sewaktu dengannya untuk raya tahun nih..cuma dah tak naik van hijau dah..naik swift biru ngan saga hitam..walaupun kehadiran ahli tak penuh, kira best jugak la..style geng kami adalah pergi beraya ke rumah siapa sahaja walaupun tak rapat dengan tuan rumah..dan setibanya di rumah tersebut, kami akan membuat hal sendiri seperti ketawa berdekah-dekah sambil menghiraukan tuan rumah dan juga mengambil gambar keluarga..sweet sangat..sweet sanggggaattt....

terbaik guys..terbaik..i love you..

nota kecik: raya is so much fun with family and friends..

Thursday, August 11, 2011

selamat menyambut ramadan dan selamat tamat latihan industri

pejam celik..pejam celik..berbuka bersahur..berbuka bersahur, kita dah pon masuk fasa kedua ramadan..memang pantas masa berlalu..sampai tak terkejar dek akalmu..puasa tahun nih kira pecah rekod diri sendiri berjaya puasa sepenuhnya dekat rumah..der.. 5 tahun diperantauan..puasa dekat hostel, nak beli lauk kena berebut tolak-tolak member kalau tak berbuka dengan maggi la kau der..mana tak , sorang-sorang nafsu makan macam hape je..dan secara tiba-tiba aku nak umumkan jugak aku dah habis latihan industri..habis tak habis jugak la..report tak siap-siap lagi..haram aku nak buat bila dah start duduk rumah nih..

bulan puasa kalau duduk rumah aku rasa memang gila bosan..tengok tv semua rancangan masakan..ketuk-ketuk ramadan..drama..naik rimas aku..kalau rancangan masak tuh tak payah cakap..tengok sambil pegang perut tutup mata..iklan pulak tak nak kalah..iklan ribena, iklan mcD, iklan sunquick, iklan teh lipton pon boleh terliur..aku tengok memang patternnya macam tu..setiap kali bulan puasa memang iklan air banyak bersepah..

itu kisah tv, ini kisah facebook, twitter..aku bukan apa, ye lah aku pon tak ada la baik sangat pon..tak ada kuat iman sangat pon, tapi cukup menyampah dengan orang-orang dewasa yang sibuk update status dekat facebook lapar la..dahaga la..lambat lagi nak berbuka la..der...lu orang bukan budak-budak lagi dah..dah nak jadi mak ayah orang dah..jadi der, kalau lu lapar sekali pon, simpan dalam hati..tak payah nak update status bagai..no offence ye! sama-sama beringat..kita nih puasa..tak baik merungut..

kesimpulannya, aku sekarang nak pergi hadap tv tengok drama..Ramadan Terakhir..sila lah tengok beramai-ramai..memang best..nanti esok-esok lusa aku update drama TV yang best untuk ditonton..(aku pon dah terpengaruh tengok drama semenjak menganggur dirumah)



nota kecik:Selamat Berpuasa!!

Thursday, July 28, 2011

aunty?




memandangkan mood aku baik hari nih..dan aku tersangat malas nak buat report lepas pening tengok nombor tally untuk QC Inspection yang beribu-ribu tu, aku nak update blog lagi sekali..bangga pulak dengan diri sendiri..nak cerita pasal baby lagi..tadi dah open pasal Aiman..nih nak cerita pasal budak yang tak keluar lagi dan tak tahu nama apa..mak pak baby tu je yang tahu nama..tu pon kalau dah ada la..aku tengok kakak ipar a.k.a kak long aku asal buka buku nama bayi je macam buka buku sejarah..terus tidur..haha..kak long jangan marah..

dan yeah! tak lama lagi gua dah nak dapat anak sedara..gila tak excited cucu first dalam family..memanglah excited..en.abah dengan pn.mama mesti lagi excited..en.abah aku rasa mesti excited nak bawak cucu dia jalan-jalan naik lori sampah..kihkihkih..

sebagai bakal makcik yang masih muda remaja, aku kena fikir nanti baby tu nak panggil aku apa..ye..ye aku tahu dah nama pon baby, pandai pulak dia lahir-lahir terus cakap..maksud aku nanti bila dia dah pandai cakap la..aku pon ajukan soalan kat along a.k.a abang aku,

aku : along, nanti awak nak anak awak panggil awak ape?

along : (dengan selamba muka tak bersalah dia jawab) panggil along je lah..mak dia biar dia panggil kak long..awak pulak panggil atikah je..tak payah pangkat-pangkat bagai..

huaaaaaaa T_T mengalir air mata aku dok gelak ngan lawak antarabangsa dia..terbayang aku budak kecik tu nanti panggil aku atikah..macam member jek..yang paling tak boleh bla panggil ayah dia along..

kesudahannya aku malas nak fikir..tunggu baby tu lahir dulu, pastu biar dia yang fikirkan untuk aku..



nota kecik:jangan baby tu nanti panggil en.abah dengan pn.mama haji din ngan hjh rokiah sudah..