sempena hari kebebasan ni..aku nak bebaskan diri aku dari belenggu tak update blog selama berbulan-bulan lamanya..lama tak menaip..pelik pulak rasa..selama ni menaip report sahaja..tak sama dengan menaip blog..ok aku tahu tak payah nak explain pasal hal ni..inilah yang jadi bila dah lama tak
terima kasih buat perwira-perwira negara yang berkorban nyawa memerdekakan Malaysia..aku tak akan rasa nikmat hidup dibumi Malaysia tanpa kalian..dan aku harapkan keamanan yang sama dekat Palestin sana..aku bukan jenis patriotik pakai baju jalur gemilang..pasang bendera dekat kereta..tapi merdeka aku ada dalam hati aku..berbakti pada agama dan negara..
*gambar boleh didapati di google.com dengan percuma tanpa yuran perkhidmatan
nota kecik: ok..nak pergi masak dengan rumate tersayang..ada parti kecil-kecil sahur nanti..parti sardin cap marina dan ikan bilis cap air tangan rumate..terima kasih Ya Allah atas nikmat ini...merdeka kali ini aku masih tersenyum..
1 comment:
salam merdeka..=)
latest entry Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-53
Post a Comment