Showing posts with label mellicious. Show all posts
Showing posts with label mellicious. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

hari ini kita sambut yang ke-53!

dengar sini orang kampung!!dikesempatan yang tak berapa nak sempat ni..aku nak wish selamat hari selasa  kemerdekaan Malaysia yang ke-53..dah lama rasanya blog ni jadi blog tinggal..malas lah..banyak komitmen lain..jaga anak..masak untuk suami..kemas rumah..ok..kalian boleh la tekan pangkah merah kat atas  tu sekarang..

sempena hari kebebasan ni..aku nak bebaskan diri aku dari belenggu tak update blog selama berbulan-bulan lamanya..lama tak menaip..pelik pulak rasa..selama ni menaip report sahaja..tak sama dengan menaip blog..ok aku tahu tak payah nak explain pasal hal ni..inilah yang jadi bila dah lama tak mencarut mengarut melalui blog.

terima kasih buat perwira-perwira negara yang berkorban nyawa memerdekakan Malaysia..aku tak akan rasa nikmat hidup dibumi Malaysia tanpa kalian..dan aku harapkan keamanan yang sama dekat Palestin sana..aku bukan jenis patriotik pakai baju jalur gemilang..pasang bendera dekat kereta..tapi merdeka aku ada dalam hati aku..berbakti pada agama dan negara..



*gambar boleh didapati di google.com dengan percuma tanpa yuran perkhidmatan



nota kecik: ok..nak pergi masak dengan rumate tersayang..ada parti kecil-kecil sahur nanti..parti sardin cap marina dan ikan bilis cap air tangan rumate..terima kasih Ya Allah atas nikmat ini...merdeka kali ini aku masih tersenyum..

Thursday, April 29, 2010

sedikit pengetahuan yang patut dikongsi bersama

setelah sekian lama dibiarkan blog ini tidak berupdate..dah macam blog tinggal aku rasa...tunggu masa hantu datang bertandang..kau jangan..nanti ada update sendiri..padahal tuan dia tengah berhempas pulas jawab exam..haha..ok tak tahu motif intro..dah lama tak menaip macam nih la..selama ni sibuk menaip report sampai 2 report kena hantar dalam masa seminggu..jadi jangan terkejut kalau nanti tiba-tiba keluar reaction-reaction kimia dan sewaktu dengannya..

tahap kebosanan aku di UMP sekarang sudah level 17..sikit lagi nak naik level 18..kalau naik level 18 jadi apa??tak jadi apa-apa..jangan risau..setakat jadi super saiya tu mungkin la..mungkin..perasaan jeles menyelubungi diri apabila melihat orang ramai yakni warga UMP menyorong papan tarik papan..eyh bukan..meyorong beg..tarik beg..itu pon kalau mereka pakai beg tarik versi AF..kalau bukan beg tarik bukan masalah aku..student-student dari fakulti lain sudah melaungkan merdeka dan kemas-kemas barang sebab nak balik kampung..bukan sebab diorang suka nak kemas barang...aku..masih di UMP..masih setia di sini..menanti detik untuk tamat final exam dan dijangka habis minggu hadapan..sekarang??masa berfoya-foya sebab gap sangat lama..sangat lama..sangat lama..ye..3 kali baru cukup syarat..sekarang boleh bayangkan betapa lamanya gap aku??tak boleh?tak apa...aku tak kesah..

oleh kerana terlalu bosan..FB menjadi medium utama untuk mengtransfer kebosanan aku..dan hasil dari bermuka buku..aku main application nih..

sila klik untuk tumbesaran yang tidak terbantut

menurut FB aku ada peluang sebanyak 88% untuk berkahwin dan bakal mempunyai 7 orang anak..subur sungguh..aku harap begitu la..tapi menurut pertimbangan aku...bakal suami aku seorang yang kaki bola dan sudah tentu kalau tanya nak anak berapa orang..secara cliche dia akan jawab..biar boleh buat team bola..jadi 7 tak cukup..aku harap bakal suami aku mampu la nak menanggung anak seramai satu team bola..jadi paling kurang gaji kau kenalah lebih dari gaji aku..nak tahu gaji aku..tengok kat atas tu..bukan nak berlagak..tapi itu kenyataan..

lagi..FB kata aku spent 26 tahun untuk tidur dan 794 jam ditandas sepanjang hidup aku..yang ni aku malas nak komen banyak..entah betul ke tidak..paling tak sekarang ada orang tengah skodeng aku nak buat statistik aku tidur berapa lama..aku pergi tandas berapa lama..ohh dah tiada privasi hidup i..dan akhir sekali..FB kata aku hidup sampai umur aku 81 tahun dan dia boleh tahu berapa ramai yang datang masa hari tersebut dan berapa orang yang datang sebab nak rebut harta aku..yang ini tak payah percaya la..nanti jatuh syirik pulak..hidup mati tu ditangan TUHAN..

dah banyak nih mengarut..nanti-nanti aku update lagi..sekarang nak pergi tengok wayang..sambil baca buku..hehh...


nota kecik: nak rebut harta aku??tak payah la..nanti aku bagi sikit sorang..semua merasa..

Photobucket

Wednesday, February 24, 2010

once upon a time...

heh..tajuk seperti tidak boleh bla..tajuk seperti mahu bercerita hikayat dongeng merong mahawangsa..haha..tahu tak merong mahawangsa tu apa???sila google...apa guna search engine yang berlambak dekat toolbar korang tuh..huh...kenapa merong mahawangsa??sebab aku ada buku cerita hikayat nih masa aku zaman hingusan dulu..itu dulu..rajin baca buku sejarah..sebab cerita dia menarik..bukan macam buku sejarah dekat sekolah..perenggan banyak, ayat berjela tapi isi penting satu baris..sebab itu kalau aku buka buku sejarah masa sekolah aku akan sudahi dengan tidur tak kira dikelas atau dihostel pada ketika itu..boleh buat buku bedtime story...

sebijik macam ni buku cerita aku..ntah ada lagi ke tidak..
tapi aku bukan nak cerita pasal hikayat 1001malam ke apa..tapi tadi masa tengah masak-masak dekat cafe world aku teringat masa zaman hingusan dulu..banyak betul bezanya dengan sekarang..maksud aku dari segi permainan dan hiburan..rugi jadi budak zaman sekarang..aku rasa masa zaman aku dulu lagi menarik..tak sebosan sekarang...jadi mari kita mulakan...

main masak-masak
kalau zaman-zaman aku hingusan dulu..main masak-masak paling faymes la..tapi masak tak pakai mainan plastik yang complete set ada pinggan ada dapur tapi tak boleh nak pasang api kalau tak cair mainan tu...tapi main dengan tin milo...batu-batu..pasir..daun..buah-buah yang jatuh kat kebun..pergi kutip dengan semangat lepas tu hidupkan api betul...baru real..nak makan pon konfiden sebab kita masak..heh..kau makan pasir ke??hahaha...tapi betul..sebelum masak,lepas masak..adventure ada..baru la main namanya..zaman sekarang..tak best..tak real..mana ada main api betul-betul..dah tu pulak kau dah akaun facebook cukup..dah boleh main masak-masak..duduk la melanguk depan komputer/laptop tunggu brapa jam brapa hari makanan kau dah siap..tu la main masak-masak budak zaman sekarang.

bela binatang
yang ini kalau zaman sekarang memang ada jugak..tapi semua datang dari kedai..beli pakai duit..ada kau pergi masuk hutan paya ke apa nak cari binatang-binatang pelik nak bawak balik rumah lepas tu kena marah dengan mak korang??susah nak dapat sekarang..nak-nak bela ikan..aku ingat abang aku dulu masuk dalam paya cari anak ikan..aku tak la..sebab aku dengan binatang ni kurang berminat..tak suka..tapi aku suka main serangga..haa..kalau dapat yang pelik-pelik..yang warna-warni memang aku simpan letak dalam tupperware..lepas tu aku tak tahu nak bagi makan apa..aku bagi makan buah limau la..apa-apa yang aku rasa macam best aku bagi..tak sampai sehari serangga tu dah mati..heh..sekarang pulak..hutan paya pon kau dah tak jumpa dekat kawasan rumah..kecuali yang duduk area kampung tu ada la..lagi sekali..game bela binatang..bela ikan berlambak dekat internet...tak payah susah-susah nak cari..nak beli ke apa..tapi sekali lagi..hidup budak zaman sekarang tak advanture..

kalau bab main,zaman dulu memang seronok..aku ingat lagi,main perang-perang..siap ada kubu pertahanan la..main atas pasir macam tu je..senapang pakai kayu je..kalau nak lagi syok main perang air..isi air dalam plastik lepas tu baling dekat musuh..ala-ala paintball la..tapi dulu mana nak cari paintball?haha..balik rumah dah sedia basah main air pulak..kalau yang dekat dengan sungai terjun terus dalam sungai..mandi sampai kecut semua jari..baru thrill..kakak aku lagi best main extreme terus..dia naik bukit dengan basikal..bukit memang curam la..tak lepas naik atas tergolek-golek dia dari atas bukit tu..berdarah satu badan..haha..aku rasa tu la start sukan extreme bmx..haha...

kalau ikutkan banyak lagi nak cerita...cerita pasal zaman hingusan nih memang banyak...tak habis punya...tapi memang la zaman akan berubah..mana boleh duduk ditakuk lama saja..tak maju pulak MALAYSIA nih..tapi sayang..budak-budak zaman sekarang banyak didedahkan dengan permainan dan hiburan yang lebih kebaratan...bukan budak saja tapi remaja..dewasa semua pon sama..cuma sekurang-kurangnya aku dapat hidup dizaman yang masa tu otak masing-masing kurang dipengaruhi barat..bukan tak ada tapi kurang..dan dapat rasa semua keseronokkan hidup zaman tu...

aku bukan nak kata kat orang lain sebenarnya semua tu..aku sendiri pon dok gila layan game-game itu semua..haha..tapi tak apa lah sebab aku dah besar..kang aku pergi main masak-masak ade yang pelik pulak..tak ke naya...aku cerita ni zaman kecik-kecik,masa zaman muka tak ada rasa bersalah pon...tapi budak-budak kecik zaman sekarang???nanti kalau aku dah ada anak pon macam mana yek??tak ke jauh dah aku menyimpang nih??



nota kecik: kalau cerita pasal zaman dulu, tak habis 1 page...kalau aku jumpa kawan-kawan masa kecik pon aku rasa boleh borak sampai pagi nih..


Photobucket

temanku..kekasihku..syurgaku

Bisik ku pada bulan
Kembalikan temanku

Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku


nota kecik:gua ingat hati gua tegar.tapi gua boleh touching dengan puisi nih..nak lagi touching gua nangis tengok cerita nih.. sepuluh kali tengok..sepuluh kali lap air mata..biarlah cerita zaman bila pon..





Photobucket

Tuesday, February 23, 2010

it's been so long...

the reason for not updating~~~

 

yeah..it's KUANTAN-PERLIS-LANGKAWI for a whole week during CNY holiday!!




nota kecik:maaf kepada kawan-kawan...emyzan hamzah terutamanya kerana tidak dapat beronggeng bersama-sama waktu cuti CNY baru-baru ini...


Photobucket

Monday, January 25, 2010

klik..klik..

dengan penuh jakun dan gembiranya..aku dah pon register nuffnang...ini juga membawa erti yang aku dah mula serius untuk berbelog demi sebuah DSLR...haha..wtf..dengan bilangan yang ado itu..rasanye sampai aku dah kerja pon tak cukup tabung nuffnang aku nak beli DSLR..tetapi memegang teguh kata-kata ADNAN.

"DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA HIGHWAY!!!"

jadi kepada rakan-rakan belog yang mengunjungi belog ini..rajin-rajinkan jari anda meng'klik' nuffnang saya..kita sama-sama klik...




nota kecik:DSLR...DSLR....


Photobucket

Sunday, January 24, 2010

am lousy!!geesh sorry for that~~

semalam menjadi hari yang sangat tidak bosan bagi aku walaupun banyak sangat yang aku nak marah tentang hari semalam pada hari sebelumnya..heh...merepek kau..maksud aku..aku banyak komplen mengenai hari semalam pada hari sebelumnya..ada test la..ada joget-joget la..ada unsur-unsur ugutan la...apa-apa pun..setelah menghadapi sendiri hari semalam...aku rasa sangat bahagia...dan semua itu kerana mempunyai kawan-kawan yang senget orangnya...harap maklum...

bermula dengan sesi joget-joget yang berlaku pada awal pagi..aku memang..malas tahap cipan heh..tak nak guna cipan..malas tahap lipas...nak bangun..tetapi mengenangkan ugutan-ugutan berbaur ancaman yang boleh mengancam nyawa aku..aku pergi...dan cuba teka (baca : guess what) aku telah berjaya mengenjoykan diri dan mengeluarkan peluh yang banyak pada pagi semalam...acara joget-jogetan memang syok..dan lincah sekali...dan sudah tentu kerana kawan-kawan aku juga..sangat sayang mereka...


setelah selesai sesi joget-joget

kemudian bergerak dengan pantas pulang ke kolej kediaman yang sedang mengadakan gotong-royong..heh...aku pulang sebab mahu tukar baju nak pergi test..dan aku telah terlepas daripada gotong-royong tersebut dan kehadiran aku juga diambil..sebab itu aku macam bahagia....dalam keadaan berpeluh tetapi masih maintain comel..aku pergi mengambil test ENGINEERING GRAPHIC yang tak perlu study itu...aku tak pasti tak perlu study atau aku yang tak study..dan untuk jangkaan yang aku rasa tepat..aku tak mungkin dapat markah penuh untuk itu..heh..

pada petangnya pula sesi penggambaran filem pendek arahan suka hati ahli kumpulan aku untuk subjek hubungan etnik..secara serius..itu bukan filem pendek yang serius..boleh lawan raja lawak..sesi penggambaran diselang selikan dengan sesi gelak ketawa secara beramai-ramai...habis jelajah UMP pada waktu petang..ia disambung pada waktu malam..apa-apa pun aku sangat seronok pada hari semalam..titik noktah

hari ini menjadi hari bosan sedunia..gila bosan...dan hari ini juga adalah hari penamaan calon untuk MPP sesi yang baru..dan jutaan maaf kepada sahabat aku yang bertanding..aku sangat-sangat lah tidak dapat mengawal nafsu tidur dan disebabkan itu aku terlepas majlis penamaan calon dan aku juga terlepas untuk menjadi jentera kamu berdua..tetapi sebagai kawan yang baik..aku tetap menjadi penyokong kamu berdua..aku : behind the scene sahaja. kepada SITI NURKHAIRUNISA AMIR dan MOHD AEDLAN NUR selamat berjuang aku ucapkan...aku penyoking no.1 anda berdua..walaupun aku terlepas nak jadi jentera kalian berdua heh (kuciwa) (- -")



nota kecik:sekarang faham maksud saya lousy??tak???ada aku kesah??



Photobucket

Sunday, January 17, 2010

yang baru

huhu...menukar template baru..tapi ini sementara sahaja...tidak berniat untuk diteruskan..sedang mengusha template-template yang lebih menarik..jadi sekarang under construction..heh..kalau nak blog walking..jangan lupa pakai safety helmet dan safety boots..takut nanti ada kemalangan..susah pulak...blog ni belum diinsuranskan lagi...harap maklum...




nota kecik:aishh pink sangat...auuwww....




yang suke membebel:
Photobucket

Thursday, December 31, 2009

baru tahun (new year)

11.28pm..ada lagi 32minit nak tahun baru..semua sibuk post pasal tahun baru??aku???kejar masa nak mengepost..takut nanti tak sempat nak post entry terakhir untuk 2009..heh..aku ada masa blogwalking hari ni..sempat baca semua..kalau tak memang aku baca tajuk saja..tak
sempat baca isi...jadi semua cerita pasal azam tahun baru..walaupun entry sebelum ni aku bagitahu azam aku macam sama saja tapi aku nak ubah sikit...tahun ni azam aku kalau boleh nak cari pakwe bernama azam..maka tercapailah azam aku..

2009..macam-macam jadi..kalau aku cerita sampai 2011 pon belum tentu habis..heh..azam baru tak nak menipu banyak sangat..ok..cerita yang sedih saja..sebab yang gumbira-gumbira kurang memberikan kesedaran...baikk..dimana nak mula??digarisan permulaan la heh....

ingat tak aku pernah ceritakan yang ada sesuatu yang berlaku dalam family aku masa aku final exam ari tu??ceritanya abah dimasukkan ke ICU masa aku sedang final exam..masa tu hanya Allah saja yang tahu hati aku macam mana...nak gugur..luluh semua ada...aku tabah...maghrib tu kakak aku kol bagitahu abah tak sihat...dia suruh aku doakan abah..supaya abah tak ada apa-apa..selang berapa minit kakak aku kol lagi..menangis teresak-esak..aku dah cuak..nak pengsan pon ada...dia bagitahu aku better balik..abah dah teruk...cuak tak cuak aku..solat maghrib dalam keadaan teresak-esak..turun tangga tunggu orang datang ambil aku..dalam hati tak berhenti berdoa..dalam kereta aku buat-buat kool..macam mat kool...sampai hospital abah masih dalam ICU..tak boleh tengok lagi...aku tengok mama..air mata aku mengalir laju...masa tu semua orang tengok aku..mungkin bagi mereka yang abah akan baik-baik saja..tapi aku??masa tu rasa tertekan yang amat...dalam kepala hotak terbeban gila..bayangkan aku tengah final!! aku dah lupa terus apa yang jadi..lantaklah..kalau aku kena extend pon aku dah redha..kakak aku cerita keadaan abah sebelum sampai hospital...lagi laju air mata aku mengalir..yang aku fikir..aku jauh dengan abah masa tu...abah panggil nama aku...YA ALLAH ini dugaan yang cukup besar buat aku...bila dah boleh masuk bilik ICU nurse pesan jangan nangis..jantung abah masih lemah...aku tahan air mata...depan abah aku jadi kuat...tapi air mata aku nak gugur lagi bila abah tanya pasal exam aku..dalam keadaan abah tengah sakit..abah ingat lagi pasal aku..aku balik rumah..mama suruh aku study..tapi linangan air mata jadi teman aku..air mata tak henti mengalir..aku pressure..tapi lagi skali aku perlu tabah untuk mama...sebab mama pon tabah..walaupun dalam hati mama aku tahu sedih tengok abah terlantar...esoknya ahad..mama berkeras nak suruh aku balik UMP..o aku tinggal kat rumah study...pujuk rayu mama tak berjaya..aku tetap nak dekat dengan abah..buku semua aku tinggal abah paling penting masa tu..aku decide balik isnin pagi sebab paper aku petang...malam tu aku ingat nak study la kononya..lagi sekali aku menangis...kenapa aku jadi cengeng giler??sebab dalam kepala hotak aku nih macam-macam fikir dan hakikatnya..aku masih belum sedia untuk semua kemungkinan...aku balik UMP dalam keadaan tak prepare...hati berat...study 2jam sebelum paper start..memag gila..aku redha je dengan result aku..tapi alhamdulillah aku tak failed..mungkin tu semua doa mama dengan abah...tapi sepanjang minggu exam aku tak pernah tenang...yang ada dalam kepala family aku...

hari ini semua dah kembali normal dan aku harapkan semua nih berkekalan..untuk tahun 2010 aku doakan yang terbaik untuk keluarga aku...kawan-kawan aku..semoga 2010 menjadi tahun yang bermakna..dan mengubah kita menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya...semakin bertambah tahun..semakin dekat kita dengan kematian..mungkin itu hakikat yang pahit untuk kita telan..tapi itu ketentuanNya...aku harap aku akan jadi muslimah yang taat pada perintahNya...

SALAM TAHUN BARU 2010





nota kecik:gua dah feeling-feeling..tacing-tacing...air mata gua sikit lagi nak menitis..tapi gua macho....sekarang gua nak pergi prepare bunga api dekat farmville..


yang suke membebel:
Photobucket

Wednesday, December 30, 2009

hari jadi..semester baru dan tahun baru

berhasil untuk update akhirnya...banyak yang amat story yang tertinggal..tak sempat nak cerita...habis ditelan waktu macam tu saja..huh ayat sastera tetap ada..

okeh satu persatu..tanggal 27 Disember 2009...aku sudah berangka 2..yes..berangka 2 bukan berbadan 2..ada faham...genaplah umur aku 20tahun..dah 20tahun hidup kat atas muka bumi nih..syukur alhamdulillah aku masih bernafas dan masih mampu untuk teruskan perjuangan aku yang memang masih panjang dan belum selesai..syukur juga aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat best...sangat best..sangat best...mempunyai seorang daddy yang best...seorang mummy yang best...seorang abang yang best...seorang kakak yang best..seorang adik yang best...memang super cambest la..huh padahal dah tak ada kosa kata..okeh...since aku sudah pon meninggalkan zaman belasan tahun..aku harap aku mampu jadi lebih matang dari sebelum nih.heh...maknanya matang sikit la..sebab kawan-kawan aku kata aku kurang matang..heh kat mana tak matang tu aku tak tahu..pelik betul..aku rasa aku memang matang dan serius orangnya..love life??biar masa yang tentukan..yang pasti aku memang bahagia dengan hidup aku sekarang...biar masa yang tentukan..untuk sekarang nak baiki pointer aku yang makin menjunam jatuh akibat selalu sangat beronggeng berkaraoke walaupun sehari sebelum exam dan juga ketika exam berlangsung..hahaha...

sambutan hari jadi??tiada..cuma pagi-pagi ahad itu aku dikejutkan oleh pnrokiah..yes macam biasa alarm clock paling berkesan untuk aku...kalau boleh bawa pnrokiah ke UMP,confirm aku tak terlepas nak pegi kelas dan sampai kelas pukul 8 dengan awal dan jayanya..haha..okeh pagi-pagi ahad pergi ke kemaman-kerteh..jalan-jalan rumah sepupu..i loikkee..seronot punya sepupu yang gila-gila remaja..haha..kemudian pulang ke rumah..aunty buat makan-makan..padahal bukan untuk aku pon..hehe...tak rasa happy sangat sebab sepatutnya sudah pulang ke UMP hari tersebut..tetapi akhirnya pulang pada pagi isnin..havoc...nanti cerita..

tiba diUMP kecoh seketika..subjek registration memang bermasalah...terpaksa pergi fakulti...bincang dengan academic advisor macam mana nak setelkan...lepas tu masuk kelas..ooh sudah bermula lecture...tensi...kemudian pergi ke BPA..disuruhnya isi borang tambah/gugur kursus...terpaksa tulis surat pengecualian bayaran lagi kerana sudah lewat untuk registration..cekik darah...disebabkan terlalu ramai yang bermasalah..BPA open balik on9 registration...setel semua..yang mana tak payah bayar lega...jadi..kesimpulannya nak register semak betul-betul..tak menyusahkan...hari nih langsung tak ada kelas..ooouuh heaven..memang minggu pertama goyang kaki..tapi bila tengok balik semua subjek...berlambak mini project...semput la minggu-minggu akan datang..srabut-serabut...PTPTPU pon sudah masuk...kawan-kawan lain sibuk shopping..beli hp baru...macam-macam..aku kalau dapat ptptn pon cukup untuk 3bulan je la...lepas 3bulan putih mata...jeles-jeles...tapi sekarang sudah boleh shopping on9..yeah! hehe

tadi pergi jalan-jalan seorang diri...nak pergi ATM..dah banyak berubah rupanya UMP nih..sekarang dah ada ATM untuk CIMB..lagi rancak aku bershopping...blok fakulti pon dah upgrade..dekat cafe ada tb besor...haha...motip???nampak sangat aku balik UMP terus terperap dalam bilik...pergi kelas selalu lambat..tak ada masa nak tengok kiri kanan..muahaha..

okeh yang penting aku nak pulang sambut new year kat rumah...bermandikan bunga api tahi ayam depan rumah..cerita pasal tahun baru..mesti nak kena ada azam baru..heh..aku sama saja..letaklah tinggi mana azam aku tuh..tak kemana..jadi aku cuma berazam untuk laksanakan apa yang aku termampu...alah...sama saja dengan harapan aku untuk birthday aku tu...lahir pon dah dekat dengan new year..sekali je la...nasib baik aku nak keluar dari perut mak aku awal..kalau aku keluar 31/12?? okeh..2009 banyak suka duka...yang suka tu baguslah..yang duka aku harap jadi pengajaran dan menimbulkan keinsafan..esok kalau aku rajin aku buat sinopsis sikit untuk 2009..ada cerita yang aku masih tak keluarkan disini...


nota kecik:esok..esok..kalau rajin i update...tapi masalahnya i malas...



yang suke membebel:
Photobucket

dah lama tak menaip dekat blog..dah banyak cerita miss jadi tunggu je la..

.esok update.




nota kecik:malas+koneksi internet lembab+tak ada idea+banyak hal+balik UMP+bla..bla...bla+n and n = apa-apa sahaja yang sempat difikirkan



yang suke membebel:
Photobucket

Saturday, December 19, 2009

satu lagi minggu yang sangat membosankan..biasalah hidup aku memang bosan...nama saja cuti tapi aku memang tak boleh nak berholiday..even keluar dengan kawan-kawan pon payah...bosan tahu tak???heh.sekarang baru rasa bosan ke?1 lagi minggu untuk berenjoy dirumah..dem..rumah ke??hahaha..tak boleh pergi tempat lain???? esok nak beronggeng bersama mak leha...seronok bila fikirkan tentang esok..tapi jadi tak seronok bila fikir macam mana nak keluar esok...ha sekarang fikir....naik bas..oouhh daddy mesti tak bagi..gedik bila sebut nak naik bas, abah tukar jadi daddy...heh..nak suruh kakak hantar..nanti kena ambil pulak..tak ke satu kerja yang tak berapa nak bermanfaat tu..satu lagi..mesti dia malas nak layan kerenah aku..nak drive sendiri..aku nak sangat..tapi macam tak sure abah bagi lepas o tak..sebab drive secara solo..biasanya ada orang teman..aku ok je..tapi abah la pulak..haishh..fikir-fikir..

dah tak jadi keluar..tengah tulis entry mak leha anta skype..tak jadi keluar..penat aku pikir..tapi walau macam mana pon aku tetap nak keluar jugak esok..keluar pergi giant..beli barang dapur sikit..maklum lah..mummy tak larat nak masak..so,kitorang take over the kitchen..hancus...hahahaha...

ooh baru sedar dah tak lama lagi dah cuti bakal tamat..memang tak bermanfaat langsung..cuma merasa duduk rumah tengok tv je la...pastu on9 24jam..download movie tak yah cakap..warga ump..kalau nak movie sila request..haha...latest movie lagi...balik kampung??patutnya minggu ni balik tapi mummy tak sihat..suara pon dah macam ramli sirap sarip..tak jadi la balik..along je yang balik..biasalah.."ada hal" katanya...haha..lagipon kalau mummy sihat pon aku malas jek nak balik..haha..tapi yang seronoknya balik kampung nih part shopping..haishh...tu memang aku tak boleh nak nafikan..maklumlah..kampung aku kat klate..oohh yeah kawe ore klate...mai secawann..hahaha..tetiba...seronok woo shopping kat klate nih..lagi seronok kalau banker ada...sape lagi daddy aku la...sebab tu kalau aku kat klate keluar mesti ngan daddy..kalau tak rugi..haha...kenapa aku rasa aku macam dah tak ada point bercerita...



nota kecik:kagum aku dengan BARN BUDDY (application kat fb) pisang yang aku tanam berbuah 2 kali..boleh report kat tv3 tak?



yang suke membebel:
Photobucket

Friday, December 18, 2009

benci ahh perasaan ini

now I'm thinking sooo much..yeah soo much...

i really want to know something..give me your opinion please

if you found an old friend page who used to be closed to you before and you so eagerly wanted to add her because want to catch up again with her but sadly,you found out that she didn't approve your request at all..yeah you can know it because when you add someone if she didn't on9 for the time being to approve you the status will be like "awaiting friend confirmation" but instead of that statement,i found that the status are "add as friend" yeah you know what i mean..it means that she never approve your request and you have to add her again..so for the second time..yeah i thought that some kind of mistake when i add her before,but the same thing happen..

what would you thinking???i just felt so sad and kind of miserable because I've been thinking that i might be doing such a huge mistake to this girl.yeah sometimes i just don't realize what others would think of me..hate me..or like me...i just don't understand..I've been thinking for the whole day and finally come out that yeah,i must be doing something wrong to her that i just don't realize..so please I'm begging you just tell me what i did wrong and why you just do that to me..i really hate it when people i know kind of hate me because of what i'm doing and worse i don't even know what i did wrong...

and for realizing my mistake, dem i just don't know...i wanted to apologize to whoever person i did wrong...or not,to just forgive me and tell me what my mistake are,so i can be a better person for the future..and so that i can be friend with you like the old time..

errrgghhh don't you hate it when your friend hate you???without knowing what you did wrong?????????dem I've been telling the same thing...so bear with it...aku just sangat2 serabut sekarang...



nota kecik:perasaan serabut membuatkan aku rasa mahu menggunakan bahasa inggeris...harap maklum..oh ya..aku sangat tak suka bila ada orang yang aku kenal sangat benci aku sebabnya aku ada terfikir..andainya suatu hari nanti aku ditakdirkan untuk pergi jauh dari dunia ni,aku nak pergi dengan aman dan kawan-kawan aku akan sedekahkan al-fatihah yang cukup ikhlas untuk aku..supaya aku pergi dengan tenang dan kalian tak benci aku sampai akhir hayat aku...ini betull..aku memang suka fikir jauh-jauh macam ni..jauh mana pon memang itu takdir kita akhirnya..



yang suke membebel:
Photobucket

Sunday, December 13, 2009

aku nak jadi hero...err heroin

okay korang jangan risau ini bukan entry nak cerita siri tv kegemaran sebab aku tak gemar pon HEROES..aku tengok complete 1st season sahaja..masuk 2nd season storyline dah start mengarut..aku dah tak boleh terima..tapi KALAULAH...kalaulah ditakdirkan untuk aku ada satu kelebihan atau dalam bahasa orang putih 'super power' *(ini bukan iklan super power yang keluar jin hijau lepas tuh suami isteri terus bertenaga nak buat keturunan) aku memilih untuk ada power baca fikiran orang macam dia ni dalam HEROES------->


*gambar daripada en.google bin seman

aku tak nak kuasa yang boleh buat orang sakit ke..boleh buat orang mati..aku nak baca fikiran orang itu sahaja..sebab aku PARANOID...suka fikir yang bukan-bukan..suka fikir yang orang benci aku..sedangkan aku sendiri tak tahu kebenarannya..aku nak tahu apa orang fikir pasal aku..apa yang orang lain tengah fikir..sama ke apa yang aku fikir dan orang lain fikir..dan sebab yang terbaik kenapa aku nak power ini...kalau orang lain tengah fikir yang bukan-bukan, mengarut, memalukan, aku boleh gelakkan mereka puas-puas..haha..perasaan yang bagus...sebab aku pon tak bagus sangat..kalau dapat orang yang tengah fikir lucah lagi mantap...aishhh..gua suci..sesuci lebaran..tapi yang aku musykil..kalau aku dah tahu apa yang orang fikir pasal aku,dan memang sah orang tu tengah kutuk aku hina aku dalam otak mereka boleh lak aku duduk diam macam almari kan..mesti perang punya..paling tak aku hentak je ngan almari..ada yang dapat sakit gak cam tu..jadi kesimpulannya tak payah la ada super power ni.. melainkan korang memang dapat anugerah daripada-NYA..boleh tengok hantu ke..jadi genius ke..tu memang rezeki korang..tapi jangan salah guna pulak..buat khianat orang lain..

aku..lantak la orang nak fikir apa pasal aku yang penting aku,family aku,kawan-kawan rapat aku tahu siapa aku..dan yang paling penting sekali TUHAN tahu siapa aku..kalau aku ada buat silap dan ada yang membenci aku mintak maaf..mintak maaf bukan mintak duit..kadang-kadang kita manusia nih tak lari dari melakukan kesilapan..aku akui aku bukannya baik sangat..tak ada orang yang sempurna..

jadi apa motif entry kalau aku ada super power tapi tak nak pulak super power tu?entah..biar aku fikir sendiri..korang tak payah fikir..buat berat kepala..baik korang fikir pasal mak bapak korang ke..


nota kecik:korang nak super power apa?kongsi-kongsi sket..super saiya ke..superman ke...beras super ke..


yang suke membebel:
Photobucket

Saturday, December 12, 2009

perkataan rindu

orang putih kata let the pictures tell the story...haa..lu pikir la sendiri!!!
yang paling penting...aku sangat merindui minah senget ini...padan muke ko..dendam terbalas..ko post gambar sengal aku kat blog ko kan...sekarang siapa sengal????muahahahahaha


tak cukup sengalkah?????
tapi babe...biar la ko sengal,aku sengal..ni orang kata bukan aku kata..ko tetap BBFFnE wtf* nate gapo?? (best best friend forever and ever) luv u..mis u..muahxxxxies....




nota kecik:it's what we called friends..i miss them..the old time..but we can't turn back time..it's all we have..memories..



yang suke membebel:
Photobucket

Friday, December 11, 2009

antara masin dan manis

aku rasa aku baru sahaja post tentang perasaan aku nak menutup wireless kat rumah..tetapi hasrat hati ni entah siapa yang dengar hari ini wireless rumah aku buat hal. aku ingat aku gembira rupanya aku menjadi sangat bosan tahap gaban bila tidak dapat online lebih-lebih lagi berfesbuk. tak keruan hidup aku..dah malam baru nak ada line..saja nak duga aku..masin betul mulut aku..tiba-tiba rasa seperti seorang ibu sebab biasa mulut ibu sahaja yang masin..ooh..mungkin jodoh bakal sampai tak lama lagi..haha...

oleh kerana aku bermulut manis..oh..mulut aku dah macam siakap tiga rasa kerana ada rasa masin,manis errr masam tiada..sambung kembali..oleh kerana aku bermulut manis semalam,kononnya mahu rajin update blog..jadi aku terpaksa mengupdate juga walaupun aku rasa mahu tidur sekarang.tiba-tiba rasa mengantuk..masa berfesbuk tak mengantuk...terang lagi bersuluh aku malas nak update..tak apa...aku gagahi jari jemari aku..(lihat-lihat..ouh lupa kalian tidak nampak..aku memang dah start mencarut mengarut) jadi mahu berhenti sekarang...




nota kecik:selamat tidur semua



yang suke membebel:
Photobucket

Wednesday, December 9, 2009

mulai entry ini juga aku akan cuba menjadi semakin rajin untuk mengupdate

menaip memang senang..rajin nak mengupdate konon..
kita tunggu dan lihat..aku memang rajin atau buat-buat rajin.kalau betul-betul rajin ramai-ramai ucap alhamdulillah.kalau buat-buat rajin ramai-ramai buat tak tahu sahaja.

oh ya hari ini memang rasa macam-macam.

  1. rasa macam nak tutup sahaja wireless dirumah
  2. rasa macam nak delete akaun facebook
  3. rasa macam nak buang laptop jauh-jauh
kenapa ada rasa begini???sebab semua itu melaghakan aku..aku nak kemas bilik tak jadi sebab facebook lagi penting..kebun dan akuarium perlu diupdate..aku nak mandi awal tak jadi sebab pet aku perlu dimandi dahulu..aku nak makan tak jadi sebab anak-anak ikan perlu makan juga.
aku nak update blog pon tak jadi sebab layan kawan-kawan difacebook lagi meriah dari mengupdate blog..jadi antara ketiga-tiga yang diatas yang mana harus dilaksanakan???rasanya buang laptop paling efektif..nanti boleh dapat sony vaio pula..






nota kecik: rasa macam entry ini la melaghakan..patutlah mak aku cakap..jangan update blog maghrib-maghrib nanti entry jadi tak seronok..betul ke???



yang suke membebel:
Photobucket

Tuesday, December 8, 2009

aku budak hingusan

sah..confirm..aku memang malas nak update blog..
heee..jadi tujuan aku berbelog hari ini adalah untuk mencantumkan beberapa cerita menjadi 1 entry yang sudah tentu bosan dan menyakitkan mata.

semalam aku tak berapa nak sehat..korg bayangkan...demam selsema+pms..huh..gabungan terhebat..aku memang mengadap tv ngan on9 facebook jek...hari ni plak hidung sumbat lagi..pms ade lagi..tapi biasanya waktu-waktu pms ni aku rajin..gedabak punya rajin..aku siap bersih air cond bilik aku...patutlah air cond tak sejuk 2 3 bulan ni..tebal la jugak habuknya..haha..leh gabung2 pastu bagi makan...nasib baik hari ni da stat panas...kalau tak aku memang wat bodoh je air cond tu nak jadi apa...

okeh..6 Dec 2009...hari jadi abah aku yang ke-52 tahun...dah 52tahun dah abah aku...aku doakan kesihatan yang terbaik untuk abah aku...biar abah boleh tengok aku berjaya...aku kahwin..haha..nak jugak...biar aku boleh bagi abah duit hasil titik peluh aku...aku respek abah aku..dari kecik hidup susah..tok ayah aku meninggal masa umur abah aku 8tahun lagi..abah cari keje sendiri sebab nak bayar yuran sekolah..semalam masa tengah tengok 'masam-masam manis'cerita p.ramlee tu..ok gua minat giler p.ramlee..haha..ada 1 scene dalam bas..tiba-tiba abah kata dulu abah sempat jadi jaga bas nih dekat KL. jadi jaga..siang abah keje kat kilang paku..malam jadi jaga...abah tak pernah cerita..sebelum nih just cerita kat ktorg abah keje ngan KTM je...pastu abah keje FELDA sampai naik pangkat jadi penolong pengurus kat kilang semambu..dari sebelum kahwin sampai adik aku yang bongsu lahir..lepas tu abah buat bisnes sendiri sampai jadi macam skang..korg bayangkan dari jadi jaga...abah skang da ada syarikat sendiri..kalau lu orang jadi gua lu bangga tak ada bapak macam bapak gua??hahaha...mungkin selama 52 tahun nih la banyak ajar abah erti hidup..dan sebab tu lah abah tak pernah ajar kitorg adik beradik hidup dalam kemewahan..ingat senang nak ayat abah aku?kalau setakat cakap abah bagi hp baru sebijik..jangan harap kau leh dapat...tunggu rosak dah tak boleh buat call baru kau bagitahu dy nak hp sebijik..hahaha...



skang aku lapar..xlunch lagi nih..haha



nota kecik: semalam lak birthday membe baik aku mukasim..
happy birthday bro..haha..ko bile nak blanja aku??



yang suke membebel:
Photobucket

Monday, November 30, 2009

maki-lah aku

bikin gua panas..lu tak panas??

panas apa??
































panas kalau lu susah-susah buka entry ini yang lu dapat..


.nothing.



nota kecik:.huh.



yang suke membebel:
Photobucket

Wednesday, November 25, 2009

ouh..you know you love me..xoxo


betul..betul..ini blog atielism..bukan gossip girl site..sekarang..memandangkan aku sangat-sangat free.bukan aku free of charge boleh ambil suka hati tapi aku banyak sangat masa terluang. jadi mahu cerita banyak-banyak tentang siri TV kegemaran aku(macam pelik sebut siri TV). jadi aku sangat-sangat menggilai siri TV..lagi sekali..comel pulak rasa. antaranya ROSWELL..baiklah sangat dah lama dulu.tak miss cerita tersebut. jadi memang semua bermula dengan ROSWELL. kemudian mula addicted dengan ANGEL. dan terus berjangkit..berjangkit dan berjangkit lagi. GREY'S ANATOMY(walaupun aku tak nak jadi doktor), ONE TREE HILL(okeh ini adalah kegemaran saya kalau ada TOP 10..kalau ada..siri ini akan terletak pada kedudukan no.1 sebelah dengan GOSSIP GIRL. UGLY BETTY,DESPERATE HOUSEWIVES,TRU CALLING(yang ini pon dah lama.kalau tak silap lepas menggilai ROSWELL sekejap.rasa mahu tatap gambar hero ROSWELL nak pergi cari en.google)

ooh lihat dia...dalam banyak-banyak gambar yang keluar dekat en.google ini yang rasanya berkaitan dengan ROSWELL.sebab aku masih ingat kehenseman beliau.

ok.sambung balik..memang banyak kalau mahu disenarai pendekkan.dah pendek tapi tetap banyak.ugrhh annoying..hahaha...baik sekarang mahu cerita tentang GOSSIP GIRL..sekarang sangat menggilainya. dan sekarang sedang menontonnya. kalau ikut tb mat salleh sekarang sudah season 3.jadi sedang menunggu untuk memuatturun cerita tersebut.season 2 sudah dapat full episode.jadi sekarang kita mula terjah.cuba kira berapa banyak jadi dalam entry ini.apa lah yang menarik sangat cerita nih.

selain scene-scene yang menggiurkan, cerita ini merupakan cerita yang diadaptasi dari sebuah buku dengan tajuk yang sama..mengisahkan kehidupan anak-anak orang berada di kota New York. kalau dalam cerita mereka digelar upper east side.bermakna.hidup mereka adalah sangat sophisticated dan pergi ke sekolah menaiki LIMO.apekah?aku pergi sekolah jalan kaki sahaja.jangan kata nak naik bas sekolah.van pon tak ada. bukan itu sahaja. semuanya mewah.ke sekolah memakai designer clothes,designer bag dan designer shoes.tidak rasa melampau? tidak. kerana dalam cerita ini memang menceritakan betapa kayanya mereka tetapi masih mempunyai masalah dalam hidup mereka. tapi masalah dengan cara mereka.contohnya masalah harta,kekasih,dan sewaktu dengannya. hanya ini yang mampu dikupas kerana aku bukan bijak untuk menganalisa sesebuah cerita dan mengadaptasi dalam bentuk tulisan.eyh taipan.(baca:taip-pan).sila google untuk deskripsi cerita yang sebenar.
sekarang bahagian kegemaran mari berkenalan dengan pelakon-pelakon cantik jelita.

Serena Van Der Woodsen (Blake Lively)
  • cantik jelita. tetapi cara percakapannya tidak merangsangkan.tak percaya tonton sendiri.betul..pelik dia bercakap. dan bagi aku dia tidaklah cantik mana.cuma perwatakan seksinya dalam cerita menyebabkan dia menjadi gilaan jantan-jantan didalam cerita ini. dalam season 1 bercinta dengan seorang jejaka cute (Dan Humphrey) yang bukan sama golongan dengannya.anak orang kebanyakkan katanya.haha..




Dan Humphrey (Penn Badgley)
  • jantan cute yang berkapel dengan serena.sangat cute tapi tak hensem. sederhana.tapi jantan biasalah..meniduri semua wanita yang dikenalinya..bukan semua..tapi yang ditemui selepas break dengan serena.sesiapa yang hadir selepas serena tinggalkan dia confirm jatuh cinta.pada hakikatnya dia sangat setia dengan serena tetapi takut untuk mengakuinya.ohh lelaki!!
Blair Waldorf (Leighton Meester) ape ke pelik name..
  • ini adalah kegemaran saya cantik dan sangat licik orangnya.tricky.yet sangat sweet.dia sangat cantik jika dibandingkan dengan serena.betul.jadi faveret actress dalam cerita ini adalah Blair.walaupun dia seorang yang sememangnya buruk benor perangai.

Jenny Humphrey (Taylor Momsen)
  • gadis sunti adik kepada Dan.haha..xperlu cerita banyak.sebab dy pon co-star sahaja.haha

Vanessa Abrams (Jessica Szohr)
  • best fren kepada Dan.dan sangat sempoi.suke mak..hahaha...sweet juge..cantik juge.

Lily Bass (Kelly Rutherford)
  • ibu kepada serena.tak perlu cerita banyak.tetapi watak yang menimbulkan banyak masalah dalam hubungan serena dan DAN bukan dandan..

Rufus Humphrey (Matthew Settle)
  • terlalu hot untuk menjadi seorang bapa.bapa kepada Dan dan Jenny.haha..suke..hot..haha

Nate Archibald (Chace Crowford)
  • ooohh jejaka gantang..gambar yang diambil tidak menunjukkan kegantangan beliau..aku minat ini jejaka..haha yang lain panggil jantan.yang ini panggil jejaka.

Chuck Bass (Ed Westwick)
  • antara sebab untuk menonton gossip girl.jejaka macho gantang hensem ini berjaya menambat hati aku.huh..walaupun didalam cerita chuck bass ini seorang playboy nak mampos. dan walaupun hidungnya selalu kembang kempis masa bercakap.i don't care.tetapi sangat menyedihkan. Ed Westwick sudah berpunya dan ingin di highlightkan Ed adalah milik Jessica Szohr.ye..vanessa dalam cerita ini (T_T)


*all the pictures are taken from official CW website Gossip Girl

nota kecik:jadi..gila tak? tak gila lagi baru 3 seasons.kalau aku buat gila aku review one tree hill yang sudah masuk season 7 tu.kau bilang brapa ramai pelakon..tambah lagi kalau pelakon baru dalam season tu memang stock hensem macho gantang macam abang westwick i.huiii...



yang suke membebel:
Photobucket