Showing posts with label wordspellitforme. Show all posts
Showing posts with label wordspellitforme. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

senyap..sunyi..bukan aku

kadang-kadang kata-kata buat kita bosan..luahkan semua..cerita semua..tapi siapa yang faham?siapa yang peduli?bukan berhenti menulis tapi cuba sesuatu yang baru..aku..suka abstract..aku suka yang tersirat..masing-masing ada pendapat masing-masing..terjemah dalam bahasa hidup masing-masing..itu yang aku mahu..tapi tidak berhenti disini~~ cari solusi baru..jiwa baru...

cari aku kat sini


nota kecik: it's still in my heart..till then~~

Sunday, January 17, 2010

sekarang...u tolong i boleh tak??

okay..semenjak dua menjak nih i macam suka guna pengganti nama diri 'i' untuk i dan 'u' untuk u..heh..apekah...macam bagus saja..ini adalah senarai perkara yang perlu aku buat sebelum bila-bila...baik..pertama sekali..aku nak sangat pergi bersuka ria bersama teman di sini..heh..aku dah dua kali masuk tapi bukan untuk bersuka ria..kali pertama adalah untuk bekerja..dan kali kedua hanya lalu dibahagian hadapan untuk melihat sendiri kemeriahan di situ...jadi teringin nak mandi manda bersama kawan-kawan..tapi demand..tak mahu bayar tiket mahal..nak tiket rm10 yang dijual didalam memo..mahal pon rm19.90 saja..kalau kau pergi sunway lagoon ada dapat harga macam tu...oohh lupa pula nak bagitahu tu tempat apa...tempat ni lah...





kalau student UMP yang baca blog ni mesti macam nak cakap "eh kau tak pergi lagi ke Bukit Gambang??buat malu..belajar dekat gambang tapi tak pergi mandi lagi dekat situ" heh..tu la masalahnya...aku di gambang ini untuk belajar..bukan bersuka ria..walaupunn...hahahahaha...aku memang macam ni..nanti bila dah tak ada orang nak pergi..bila bukit gambang dah tak in macam sekarang...baru lah aku pergi..tapi tak apa..akan aku usahakan biar boleh pergi..hurmmm...

seterusnya..ada siapa-siapa mahu bawa saya tengok adnan sempit??jom la...jom la..harapkan adik beradik i?heh..time i tak balik..hidup terseksa dalam UMP barulah nak pergi tengok wayang..time i balik tak ada pula...ini lah yang dinamakan...harapkan pagar-pagar makan padi...heh..apa kau mengarut nih..*hayfgjhafgjahf*baik ini serius...jom tengok wayang...




*terima kasih en.google bin seman...tanpa anda tak bergambarlah entry ini...

 nota kecik:hurmm..tengah fikir kalau boleh pergi tengok wayang nak pergi bila..sebab jadual sem nih macam haram...tak bagi peluang enjoy...heh...sem lepas tak puas enjoy ke???takkkkkkkkkk...sampai sem bila-bila pon tak puas...




Photobucket

Thursday, December 31, 2009

baru tahun (new year)

11.28pm..ada lagi 32minit nak tahun baru..semua sibuk post pasal tahun baru??aku???kejar masa nak mengepost..takut nanti tak sempat nak post entry terakhir untuk 2009..heh..aku ada masa blogwalking hari ni..sempat baca semua..kalau tak memang aku baca tajuk saja..tak
sempat baca isi...jadi semua cerita pasal azam tahun baru..walaupun entry sebelum ni aku bagitahu azam aku macam sama saja tapi aku nak ubah sikit...tahun ni azam aku kalau boleh nak cari pakwe bernama azam..maka tercapailah azam aku..

2009..macam-macam jadi..kalau aku cerita sampai 2011 pon belum tentu habis..heh..azam baru tak nak menipu banyak sangat..ok..cerita yang sedih saja..sebab yang gumbira-gumbira kurang memberikan kesedaran...baikk..dimana nak mula??digarisan permulaan la heh....

ingat tak aku pernah ceritakan yang ada sesuatu yang berlaku dalam family aku masa aku final exam ari tu??ceritanya abah dimasukkan ke ICU masa aku sedang final exam..masa tu hanya Allah saja yang tahu hati aku macam mana...nak gugur..luluh semua ada...aku tabah...maghrib tu kakak aku kol bagitahu abah tak sihat...dia suruh aku doakan abah..supaya abah tak ada apa-apa..selang berapa minit kakak aku kol lagi..menangis teresak-esak..aku dah cuak..nak pengsan pon ada...dia bagitahu aku better balik..abah dah teruk...cuak tak cuak aku..solat maghrib dalam keadaan teresak-esak..turun tangga tunggu orang datang ambil aku..dalam hati tak berhenti berdoa..dalam kereta aku buat-buat kool..macam mat kool...sampai hospital abah masih dalam ICU..tak boleh tengok lagi...aku tengok mama..air mata aku mengalir laju...masa tu semua orang tengok aku..mungkin bagi mereka yang abah akan baik-baik saja..tapi aku??masa tu rasa tertekan yang amat...dalam kepala hotak terbeban gila..bayangkan aku tengah final!! aku dah lupa terus apa yang jadi..lantaklah..kalau aku kena extend pon aku dah redha..kakak aku cerita keadaan abah sebelum sampai hospital...lagi laju air mata aku mengalir..yang aku fikir..aku jauh dengan abah masa tu...abah panggil nama aku...YA ALLAH ini dugaan yang cukup besar buat aku...bila dah boleh masuk bilik ICU nurse pesan jangan nangis..jantung abah masih lemah...aku tahan air mata...depan abah aku jadi kuat...tapi air mata aku nak gugur lagi bila abah tanya pasal exam aku..dalam keadaan abah tengah sakit..abah ingat lagi pasal aku..aku balik rumah..mama suruh aku study..tapi linangan air mata jadi teman aku..air mata tak henti mengalir..aku pressure..tapi lagi skali aku perlu tabah untuk mama...sebab mama pon tabah..walaupun dalam hati mama aku tahu sedih tengok abah terlantar...esoknya ahad..mama berkeras nak suruh aku balik UMP..o aku tinggal kat rumah study...pujuk rayu mama tak berjaya..aku tetap nak dekat dengan abah..buku semua aku tinggal abah paling penting masa tu..aku decide balik isnin pagi sebab paper aku petang...malam tu aku ingat nak study la kononya..lagi sekali aku menangis...kenapa aku jadi cengeng giler??sebab dalam kepala hotak aku nih macam-macam fikir dan hakikatnya..aku masih belum sedia untuk semua kemungkinan...aku balik UMP dalam keadaan tak prepare...hati berat...study 2jam sebelum paper start..memag gila..aku redha je dengan result aku..tapi alhamdulillah aku tak failed..mungkin tu semua doa mama dengan abah...tapi sepanjang minggu exam aku tak pernah tenang...yang ada dalam kepala family aku...

hari ini semua dah kembali normal dan aku harapkan semua nih berkekalan..untuk tahun 2010 aku doakan yang terbaik untuk keluarga aku...kawan-kawan aku..semoga 2010 menjadi tahun yang bermakna..dan mengubah kita menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya...semakin bertambah tahun..semakin dekat kita dengan kematian..mungkin itu hakikat yang pahit untuk kita telan..tapi itu ketentuanNya...aku harap aku akan jadi muslimah yang taat pada perintahNya...

SALAM TAHUN BARU 2010





nota kecik:gua dah feeling-feeling..tacing-tacing...air mata gua sikit lagi nak menitis..tapi gua macho....sekarang gua nak pergi prepare bunga api dekat farmville..


yang suke membebel:
Photobucket

Monday, November 23, 2009

ice ice baby..sejuk ahhh

malam ni aku memang terlebih rajin.mungkin sebab sejuk..aku pon tak tahu.mungkin jugak entry kat bawah nih makan tuan bila aku kata aku da muntah online.aku online sahaja tapi tak update blog.jadi sekarang aku nak online dan update blog.heh.update?aku dah out dated.suka hati aku lah..okeh sekarang mahu cerita banyak-banyak.nak kata aku menipu kat entry sebelum ni pon tak boleh jugak sebab aku memang bosan.tapi kalau diikutkan ada jugak yang aku buat.tapi lepas tu aku bosan balik.masa buat tu bosan pon ada jugak.sila abaikan bahasa aku yang makin cemerlang nih.mungkin sebab sejuk.lagi sekali salahkan sejuk.ok aku buat kronologi senang nak baca.macam aku baca kronologi kisah natrah kat wiki.kan senang nak paham.cuba buku sejarah semua buat kronologi sahaja.mesti best.tak payah baca ayat panjang berjela yang sebenarnya baru mukadimah..dah habis mukadimah aku terus tidur.patutlah essay aku time SPM untuk sejarah pendek saja.markah pon pendek.

selasa - 17/11 (masih di UMP)
  • bangun tak pagi. mandi dan terus makan.haha.
  • kemas bilik sambil tengok shibata
  • macam suri rumah lipat baju sambil layan movie.memang boleh buat bini.
  • siap kemas telefon kakak aku.dia nak ambil malam.mana boleh..semua barang dah sumbat dalam bag.
  • sampai dirumah teruja sekejap.sekejap sahaja sebab ramai sangat orang.macam hari raya
  • cazen2, jiran tetangga ada dirumah.sebab nenda ada dirumah.tahu nenda aku ada dirumah dah lama sebab weekend tu aku balik sekejap.sebab tu teruja sekejap saja.
  • nenda adalah menetap di kelantan. (tiada kaitan rapat dengan kronologi rutin harian aku)
  • macam biasa layan diri sendiri sebab ada dirumah sendiri.
  • aku dah tak ingat sangat apa aku buat.
rabu - 18/11
  • kurang pasti apa yang aku buat.
  • online
  • bermain masak-masak mungkin
  • ramai saudara mara lagi sekali
  • oh ya.yang ini patut di atas. bangun awal pagi.kemudian tidur balik bila saudara mara pulang ke rumah.bangun sudah tak pagi
  • online
  • tengok movie
khamis - 19/11
  • tak pasti.
  • tak ingat
  • online
  • tengok tb
  • tengok movie
  • terperuk dalam bilik tak keluar-keluar
  • lepas tu tidur balik
jumaat - 20/11
  • hari yang sangat mengujakan.sekali lagi sekejap sahaja.lepas tu dah tak teruja
  • hari ini dimarahi oleh nenda..apekah..
  • saudara mara datang ke rumah.sepupu aku nak kahwin.jodoh dengan orang pahang
  • rumah aku ramai orang. excited kena tolong pnrokiah buat kerja rumah..haha..tipu
  • malam.akad nikah.secara sahnya sepupu aku dah jadi milik mutlak isterinya.aku rasa statement itu tak perlu
  • statement yang perlu aku tak pergi majlis tu kerana aku dan along kena tinggal.dah la tak tahu rumah pengantin kat mana.jadi kami patah balik.penat saja aku pakai cantek-cantek kalah pengantin.heh aku xtengok pon pengatin malam tu.
  • pulang dengan hampa dan online lagi
sabtu - 21/11
  • bangun awal pagi sangat-sangat.betul sangat-sangat sebab pnrokiah menjadi alarm clock yang tak perlu diset timing..haha..pagi esok kena mintak ampun dengan pnrokiah.
  • dah bangun dengan keadaan separa sedar pnrokiah bagi arahan tumbuk sambal.dipagi hari.sebab tu masakan pnrokiah tiptop.semua manual.ye manual.ooh ya..saudara mara dari kelantan breakfast dah biasa dengan nasi putih dengan lauk.jadi pnrokiah masak nasi berlauk siapa orang kelantan mesti tahu.
  • layan tetamu.haha...
  • bersiap untuk ke majlis persandingan.berarak.bukan minum arak.tapi berarak menghantar pengantin lelaki.hujan tak hengat.semua yang pakai cun-cun mesti kecewa sebab end up basah jua..oohh kecuali pengantin.
  • menjadi dulang girl.membawa barang hantaran.aku basah tak apa.jangan barang basah..haha..tipu.
  • makan laju-laju tak sempat minum air terus cabut balik.
  • tak balik lagi singgah rumah ayah de aku di geliga.makan otak-otak dan satar.family kami bukan makan otak orang tapi otak-otak.suka hati korang.
  • sempat duduk di atas kerusi ogawa milik bapa saudara.geli mat.
  • pulang.makan lagi dan minum air.
  • online
ahad - 22/11
  • bangun pagi lagi(siyes aku xcukup tidur)haha..
  • hantar nenda ke muka pintu sebab sudah mahu pulang ke kelantan.tapi depan pintu bilik sahaja sebab tak jadi.laluan ke kelantan tutup.banjir.
  • bersiap untuk ke rumah cazen aku..mesti kalian bosan. baik..aku ade ramai cazen..belah hjbadruddin sahaja ada sepuluh orang.walaupun hjbadruddin hanya ada 3orang adik beradik termasuk dirinya.
  • cazen aku buat housewarming.pindah rumah baru dekat batu 11.kuantan sahaja.
  • makan
  • pulang.singgah di KFC mini karnival di SUKPA.untung ada hjbadruddin yang sebenarnya ada projek disitu.dapat makan KFC free..
  • pulang.
  • tidur sekejap
  • online
  • tidur balik
  • bangun online
  • apekah???!!!
isnin - 23/11




nota kecik:sepanjang minggu adalah hujan tanpa henti.jadi tak dinyatakan.hari ini baru hujan agak kurang.oo....memang tiada gambar untuk hari perkahwinan.semua busy.busy nak mengelak dari hujan.dalam rumah pon busy juga. lihat kronologi hari aku...mesti ada online.sebab itu aku kata sudah muntah mahu online.



yang suke membebel:
Photobucket

Friday, November 20, 2009

fakta

aku terkenang sesuatu yang telah lama berlalu..
menduga hati dan perasaan
sesuatu yang lama hilang
hilang dalam hanyutan masa
bukan yang kita pinta
tapi itu yang ditentukan
belum pasti hati masih menunggu
belum pasti perasaan telah berubah
hati..
masih terasa kehilangan
masih mahu bersama
mungkin itu sebabnya hati ini
masih belum terbuka..
tak pernah menerima
tak pernah memberi
rasa yang pernah aku beri dulu

dulu..itu sejarah..
sekarang..itu realiti..
buka hati..buka mata..
hati menangis air mata mengalir
tetap sama...
jalan ini bukan milik kita..
tapi milik kamu..

aku redha....




nota kecik: .aku terbaca sesuatu yang tak patut dibaca...milik masa dahulu..ya allah tabahkanlah hatiku..dia bukan milikku lagi.. sebuah karya tunggang terbalik dari aku..terhasil daripada kenangan lalu,linangan air mata dan hati yang marah,sedih..kalau tak paham xyah baca..serabut.



yang suke membebel:
Photobucket