Tuesday, August 31, 2010

hari ini kita sambut yang ke-53!

dengar sini orang kampung!!dikesempatan yang tak berapa nak sempat ni..aku nak wish selamat hari selasa  kemerdekaan Malaysia yang ke-53..dah lama rasanya blog ni jadi blog tinggal..malas lah..banyak komitmen lain..jaga anak..masak untuk suami..kemas rumah..ok..kalian boleh la tekan pangkah merah kat atas  tu sekarang..

sempena hari kebebasan ni..aku nak bebaskan diri aku dari belenggu tak update blog selama berbulan-bulan lamanya..lama tak menaip..pelik pulak rasa..selama ni menaip report sahaja..tak sama dengan menaip blog..ok aku tahu tak payah nak explain pasal hal ni..inilah yang jadi bila dah lama tak mencarut mengarut melalui blog.

terima kasih buat perwira-perwira negara yang berkorban nyawa memerdekakan Malaysia..aku tak akan rasa nikmat hidup dibumi Malaysia tanpa kalian..dan aku harapkan keamanan yang sama dekat Palestin sana..aku bukan jenis patriotik pakai baju jalur gemilang..pasang bendera dekat kereta..tapi merdeka aku ada dalam hati aku..berbakti pada agama dan negara..



*gambar boleh didapati di google.com dengan percuma tanpa yuran perkhidmatan



nota kecik: ok..nak pergi masak dengan rumate tersayang..ada parti kecil-kecil sahur nanti..parti sardin cap marina dan ikan bilis cap air tangan rumate..terima kasih Ya Allah atas nikmat ini...merdeka kali ini aku masih tersenyum..