Saturday, January 30, 2010

entry panjang gila...tapi tak la sampai gila..ni entry panjang ke tajuk yang panjang??heh.

yeah..setelah entry klik..klik..aku ingat banyak la entry-entry lain yang menyusul..rupanya haram..heh..aku sangat la sibuk..sibuk yang amat..walaubagaimanapun..dikesempatan ini..terima kasih la kepada yang telah menyinggah dan klik-klik nuff aku..nanti aku pergi walking kat blog kalian yer..

apa yang aku buat??konon-konon busy..tak..aku memang busy..kalah YB..baik-baik..aku suka mengarut untuk memanjangkan entry supaya menepati tajuk yang tak boleh bla itu..seminggu berkempen untuk sahabat-sahabat aku yang bertanding untuk calon MPP kali ini..dah 2 pulak tuh..sebagai member kena la bagi moral support...aku ingat dulu masa 1st year..aku macam tak ambil tahu pon pasal mengundi-mengundi ni..heh..siap kutuk-kutuk..dan ada niat untuk tidak pergi mengundi..pergi pon aku tak kenal calon..masa nak pangkah aku buat kira-kira dulu...kira sampai sepuluh dekat calon..lepas tu yang no.11 aku pilih..heh...jangan marah...kalau nak marah sebelum keluar klik nuffnang dulu..hahaha~~

aku jadi jentera tak rasmi kepada 2 orang kawan aku yang bertanding..kenapa tak rasmi sebab masa hari penamaan calon aku tidur tak hengat..sampai lupa kena pergi majlis tu..kan aku dah kata aku tak ambil port sangat..tapi semangat setiakawan aku kuat la..aku kan sayang kawan-kawan aku...jadi sebagai jentera tak rasmi..aku mulakan tugas dengan menggantung poster ditengah malam-malam buta..serius syok...aku tak tipu..enjoy gila..gantung poster sambil menghayati alunan muzik heavy metal oleh anjing-anjing yang ada dalam UMP..kecut jugak perut..nasib baik ramai jentera lain..dan ramai rakan kelas lain yang join perang poster nih..



 *gambar dicilok dari facebook ANA yang telah mengtag saya..dan secara suka hati saya meletak watermark saya sendiri..heeeee \(^_^)/

dan..akhirnya tah-ni-ah kepada yang menang...

sebagai meraikan kejayaan..ada 4test untuk diduduki pada 3hari berturut-turut..sila bangun dan tepuk tangan sekarang..rasa bangga dengan diri sebab minggu depan boleh ambil test pada hari ahad dan juga boleh ambil 2test pada hari sabtu..habis weekend aku...habis.. (-_-")

nota kecik:tak panjang pun..heeeeeeeeeeehhhhhhh je lebih..


Photobucket

Monday, January 25, 2010

klik..klik..

dengan penuh jakun dan gembiranya..aku dah pon register nuffnang...ini juga membawa erti yang aku dah mula serius untuk berbelog demi sebuah DSLR...haha..wtf..dengan bilangan yang ado itu..rasanye sampai aku dah kerja pon tak cukup tabung nuffnang aku nak beli DSLR..tetapi memegang teguh kata-kata ADNAN.

"DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA HIGHWAY!!!"

jadi kepada rakan-rakan belog yang mengunjungi belog ini..rajin-rajinkan jari anda meng'klik' nuffnang saya..kita sama-sama klik...




nota kecik:DSLR...DSLR....


Photobucket

Sunday, January 24, 2010

am lousy!!geesh sorry for that~~

semalam menjadi hari yang sangat tidak bosan bagi aku walaupun banyak sangat yang aku nak marah tentang hari semalam pada hari sebelumnya..heh...merepek kau..maksud aku..aku banyak komplen mengenai hari semalam pada hari sebelumnya..ada test la..ada joget-joget la..ada unsur-unsur ugutan la...apa-apa pun..setelah menghadapi sendiri hari semalam...aku rasa sangat bahagia...dan semua itu kerana mempunyai kawan-kawan yang senget orangnya...harap maklum...

bermula dengan sesi joget-joget yang berlaku pada awal pagi..aku memang..malas tahap cipan heh..tak nak guna cipan..malas tahap lipas...nak bangun..tetapi mengenangkan ugutan-ugutan berbaur ancaman yang boleh mengancam nyawa aku..aku pergi...dan cuba teka (baca : guess what) aku telah berjaya mengenjoykan diri dan mengeluarkan peluh yang banyak pada pagi semalam...acara joget-jogetan memang syok..dan lincah sekali...dan sudah tentu kerana kawan-kawan aku juga..sangat sayang mereka...


setelah selesai sesi joget-joget

kemudian bergerak dengan pantas pulang ke kolej kediaman yang sedang mengadakan gotong-royong..heh...aku pulang sebab mahu tukar baju nak pergi test..dan aku telah terlepas daripada gotong-royong tersebut dan kehadiran aku juga diambil..sebab itu aku macam bahagia....dalam keadaan berpeluh tetapi masih maintain comel..aku pergi mengambil test ENGINEERING GRAPHIC yang tak perlu study itu...aku tak pasti tak perlu study atau aku yang tak study..dan untuk jangkaan yang aku rasa tepat..aku tak mungkin dapat markah penuh untuk itu..heh..

pada petangnya pula sesi penggambaran filem pendek arahan suka hati ahli kumpulan aku untuk subjek hubungan etnik..secara serius..itu bukan filem pendek yang serius..boleh lawan raja lawak..sesi penggambaran diselang selikan dengan sesi gelak ketawa secara beramai-ramai...habis jelajah UMP pada waktu petang..ia disambung pada waktu malam..apa-apa pun aku sangat seronok pada hari semalam..titik noktah

hari ini menjadi hari bosan sedunia..gila bosan...dan hari ini juga adalah hari penamaan calon untuk MPP sesi yang baru..dan jutaan maaf kepada sahabat aku yang bertanding..aku sangat-sangat lah tidak dapat mengawal nafsu tidur dan disebabkan itu aku terlepas majlis penamaan calon dan aku juga terlepas untuk menjadi jentera kamu berdua..tetapi sebagai kawan yang baik..aku tetap menjadi penyokong kamu berdua..aku : behind the scene sahaja. kepada SITI NURKHAIRUNISA AMIR dan MOHD AEDLAN NUR selamat berjuang aku ucapkan...aku penyoking no.1 anda berdua..walaupun aku terlepas nak jadi jentera kalian berdua heh (kuciwa) (- -")



nota kecik:sekarang faham maksud saya lousy??tak???ada aku kesah??



Photobucket

Saturday, January 23, 2010

sedikit sahaja

sebelum si sengal tidak lagi menjadi sengal (dengan harapan) nak la update sikit..esok @ lusa mungkin hantar si sengal ke klinik..memang sudah melampau sekarang...jadi sebelum ke klinik haruslah aku puas-puas online mukabuku..online segala-gala yang boleh online..take note..youtube tak boleh..heh saja nak bagitahu semua orang yang youtube memang kena block dekat sini...lagi sekali heh...saat-saat terakhir bersama si sengal bukanlah untuk membuat assignment dan mengulangkaji pelajaran tetapi memang untuk online..kalau dah 24jam mengadap si sengal apalah yang akan terjadi pada aku selepas berjauhan dengan si sengal??ouuhh...jangan pergi lama-lama ya si sengal...kalau kau masih sengal juga setelah pergi ke klinik..mungkin kau akan pergi selama-lamanya..heh...apa kau mengarut nih??

jadi untuk mengisi kekosongan entry pada malam ini..rasa macam nak bagitahu anda semua tentatif hidup aku untuk esok..heh..aku rasa macam mahu menyumpah orang setelah aku sendiri membaca tentatif tersebut..

7.45pg - pergi berjoget-joget dengan en.dekan.. (yang ini memang buat aku marah)
9.30pg - gotong-royong kolej kediaman (bertambah marah)
10.00pg - test engineering graphic (tak marah sebab nanti tak grad la aku)

klik gambargajah untuk tumbesaran yang tidak terbantut





serabut betul la...


nota kecik:huh




Photobucket

Friday, January 22, 2010

agak sibuk ya..

alahai...aku mahu memohon maaf akan aku susun sepuluh jari sebab entry yang lepas macam semangat gila nak nak bagitahu berita gembira tapi sampai hari ni tak bagitahu pon..hakikatnya tuan rumah sangat busy kedaung..dah seminggu rasanya tak cukup tidur..tidur pon asyik termimpi-mimpi assignment dan tutorial yang tak siap..semalam tidur pukul 3pagi untuk siapkan assignmnent...dan aku baru bangun (^_^") dan sekarang baru ada masa sikit nak update...ini pon sekejap saja...lepas ini ada lab lagi..sampai pukul 6ptg nanti..apekah...esok ada test dan busy berjoget-joget dengan Dekan JHEPA dekat kompleks sukan...tuntutan softskills..tak gemar betul aku bila subjek softskills digunakan untuk memenuhkan majlis sedangkan aku rasa berjoget-joget senamrobik itu agak tiada kena mengena dengan softskills..ooouhh lupa...SOFTskills...skill LEMBUT...sekarang aku faham...kemudian selepas bertungkus lumus menjawab test ENGINEERING GRAPHIC pada hari esok..aku akan masuk ke set penggambaran..betul..tak tipu..aku sekarang dah jadi pelakon..untuk subjek HUBUNGAN ETNIK..heh...untuk 2 hari berturut-turut..memang busy...ini untuk minggu ini sahaja...minggu depan aku rasa kerja aku bertambah banyak...lagi satu..test memang tak hengat punya banyak sebelum cuti TAHUN BARU CINA....

dalam family aku pon macam-macam jadi...nenek aku tak sihat sekarang...tolong doakan kesihatan nenek aku...sekarang pnrokiah dan hjbadruddin ada dekat kampung..along dan kakak aku pon ada kat kampung..tinggal adik aku terkontang-kanting seorang diri dirumah..haha..padan muka...pada masa yang sama cousin aku dapat masuk UNITEN..alhamdulillah..sebelum result SPM keluar dah dapat masuk U..heh..macam kau tak pernah rasa...tak..tak..aku lain...hehe...hari esok juga hjbadruddin pergi ke PERLIS..kepada HAMIZAN HAMZAH..kalau nampak hjdin dekat UNIMAP jangan lupa bagi salam..heh..memang aku banyak miss aktiviti keluarga...tak suka betul...kalau hakikat aku nih tinggal diperantauan aku boleh terima..tapi hakikatnya aku tinggal hanya 45KM dari rumah dan tidak dapat join aktiviti keluarga sangat mengecewakan..



nota kecik:baik sekarang mahu uruskan cafe sementara masa masih ada...walaupun....




Photobucket

Tuesday, January 19, 2010

heehoo

gua ada berita gembira..gua tak sabar nak tunggu hari esok..

yeah..

tunggu gua...



nota kecik:gua muka ganas..gua nih mat rempit...tapi dalam hati gua ada taman beb...




Photobucket

Monday, January 18, 2010

Qoute of the day #1

"sonomi ni somarite wa, ikanaru akuji mo mienumononari"

~once you're into crime, you'll never notice that you're wrong~





Photobucket

Sunday, January 17, 2010

sekarang...u tolong i boleh tak??

okay..semenjak dua menjak nih i macam suka guna pengganti nama diri 'i' untuk i dan 'u' untuk u..heh..apekah...macam bagus saja..ini adalah senarai perkara yang perlu aku buat sebelum bila-bila...baik..pertama sekali..aku nak sangat pergi bersuka ria bersama teman di sini..heh..aku dah dua kali masuk tapi bukan untuk bersuka ria..kali pertama adalah untuk bekerja..dan kali kedua hanya lalu dibahagian hadapan untuk melihat sendiri kemeriahan di situ...jadi teringin nak mandi manda bersama kawan-kawan..tapi demand..tak mahu bayar tiket mahal..nak tiket rm10 yang dijual didalam memo..mahal pon rm19.90 saja..kalau kau pergi sunway lagoon ada dapat harga macam tu...oohh lupa pula nak bagitahu tu tempat apa...tempat ni lah...





kalau student UMP yang baca blog ni mesti macam nak cakap "eh kau tak pergi lagi ke Bukit Gambang??buat malu..belajar dekat gambang tapi tak pergi mandi lagi dekat situ" heh..tu la masalahnya...aku di gambang ini untuk belajar..bukan bersuka ria..walaupunn...hahahahaha...aku memang macam ni..nanti bila dah tak ada orang nak pergi..bila bukit gambang dah tak in macam sekarang...baru lah aku pergi..tapi tak apa..akan aku usahakan biar boleh pergi..hurmmm...

seterusnya..ada siapa-siapa mahu bawa saya tengok adnan sempit??jom la...jom la..harapkan adik beradik i?heh..time i tak balik..hidup terseksa dalam UMP barulah nak pergi tengok wayang..time i balik tak ada pula...ini lah yang dinamakan...harapkan pagar-pagar makan padi...heh..apa kau mengarut nih..*hayfgjhafgjahf*baik ini serius...jom tengok wayang...




*terima kasih en.google bin seman...tanpa anda tak bergambarlah entry ini...

 nota kecik:hurmm..tengah fikir kalau boleh pergi tengok wayang nak pergi bila..sebab jadual sem nih macam haram...tak bagi peluang enjoy...heh...sem lepas tak puas enjoy ke???takkkkkkkkkk...sampai sem bila-bila pon tak puas...




Photobucket

yang baru

huhu...menukar template baru..tapi ini sementara sahaja...tidak berniat untuk diteruskan..sedang mengusha template-template yang lebih menarik..jadi sekarang under construction..heh..kalau nak blog walking..jangan lupa pakai safety helmet dan safety boots..takut nanti ada kemalangan..susah pulak...blog ni belum diinsuranskan lagi...harap maklum...




nota kecik:aishh pink sangat...auuwww....




yang suke membebel:
Photobucket

Saturday, January 16, 2010

i sakit u tahu tak??

tengah hari tadi i pergi klinik...rasa macam tak sihat..tidur tak lena...mandi tak basah...i rasa macam i nak demam..resah gelisah duduk dalam klinik...tak boleh duduk diam..rasa macam nak balik cepat-cepat...

masuk dalam bilik doktor,dia cakap i tak sakit..dia kata i sihat..tapi kenapa i rasa tak sedap badan???ishhh...doktor tak bagi ubat pon..i cakap dekat doktor...kalau i betul-betul sakit macam mana...doktor suruh i balik..i balik bilik dengan kecewa..tak patut doktor tu buat i macam ni..i pon terus on laptop..i nampak satu gambar..terus sakit i hilang..tiba-tiba i rasa sihat...

beberapa jam selepas itu..barulah i sedar yang i sebenarnya sakit angau...angau dekat dia...























nota kecik:haha..sah kau ni angau...ntah hape2...jadi desktop jek..aku rasa minggu ni memang dah tak ada orang lain dah yang keluar blog nih..hahaha...kat fb pon same..ceit pooodah... (^_^")



yang suke membebel:
Photobucket

Friday, January 15, 2010

So Yi Jung aaaaaa...saranghea...

dipetang yang dingin..suram...mendung nih..rasa rajin pulak nak update...heh...rasa rajin pulak nak tidur yang sebenarnya...jadi setelah khatam boys over flower tengah hari tadi...aku rasa macam nak buat review pasal cerita tu..eh..eh tak..bukan review pasal cerita yang hampir buat aku menangis tu...hahah..biasanya tak nangis tapi nak nangis sebab tengok masa tengah jiwa kacau..memang patut sensitif..sekarang aku dah tak kacau dah..happy ada..tak ada sebab aku nak emo sampai berhari-hari tak pergi kelas..tak pergi lab..heh...ok..aku nak buat review pasal Kim Bum..aigooo...mana nak cari jejaka cute macam tu?mana nak cari?oooh..Kim Bum tu So Yi Jung dalam BOF..aigoo..aigooo...hahaha...sah kau angau...memang macam ni keadaan aku bila lepas tengok cerita korea/jepun..aku ni memang hantu cerita-cerita jepun..manga..anime...heh bagi kat aku...tapi anime tu yang tertentu je la..kalau macam agak-agak tak reti nak habis...memang aku tak layan...

ini la yang aku malas sangat nak update..merapu je...sekarang nak tatap gambar Kim Bum aku...dah-dah jangan kacau...terima kasih en.google bin seman...tanpa anda..tak dapat la aku menatap kekasih hati yang jauh dimata tapi dekat dalam laptop..




nota kecik:nak buat review cter jepun..tapi macam lebih kepada pelakon-pelakon yang kacak saja..



yang suke membebel:
Photobucket

hate

wtfun....taip entry pukul 3pg...aku tengah jiwa kacau nih...memang pasal hati dan perasaan..sekarang..memang sial...aku macam dah malas sangat nak fikir..serabut...ini mungkin entry terakhir aku pasal cintan-cintan nih..bak kata hanis zalikha,,untuk jadi blogger yang berjaya elakkan love story..klise..aku malas dah..jadi

aku..sudah pun mendelete semua data mengenai kau...dari ke phonebook sehingga ke ym,skype dan sebagainya supaya...kepala otak aku tak serabut fikir pasal ko..lantak kau la...



nota kecik:and i go...oooo..ooo..oo...biar aku blah dari hidup ko..sebab aku tahu aku nih macam penyibuk je dalam dunia ko..wtf...ko pon dah tak penting..aku tak pernah nekad macam nih..baguslah..boleh cari orang lain..



yang suke membebel:
Photobucket

Wednesday, January 13, 2010

wishlist 2010~untuk perhatian hj.badruddin daddy terchenta

ye...ye..aku tahu..aku memang pemalas...malas nak update blog..heh...tapi bukan sebab aku malas sahaja...memang dah malas aku nih datang dai koneksi internet yang sememangnya lembab..aku pon tak tahu kenapa..aku tengok orang lain boleh on9 elok jek..tapi aku punya koneksi internet sangat ngong..sehinggakan aku sekarang tidur awal..berukband celcom yang baru dibayar untuk beberapa bulan lepas pon tak boleh pakai..heh..salah aku ke bayar bil lambat??dah kena potong ke?huaaa....kembalikan berukband aku...

lupakan cerita koneksi internet...dah alang-alang boleh nak update tanpa gangguan nih..boleh la aku update...sebagai pembuka tirai 2010 dalam belog aku nih...aku rasa macam nak buat wishlist baru untuk tahun nih..yang tahun lepas ada yang tercapai ada yang tak..yang tak tu of course la yang harganya diluar kemampuan aku..haha...duit banyak habis kat barang-barang yang tiada dalam wishlist dan juga tak diperlukan..jadi untuk tahun ini aku berazam untuk menyimpan duit supaya aku boleh la dapat apa yang aku wishkan...huh...tiada kasut..tiada flip flop...tiada sandal..tiada bag...dem...hahaha...tapi semua tu masih boleh dikonsiderkan..heh...kesalahan tatabahasa yang sangat terang jelas..tanpa perlu disuluh...

baik..sekarang mulakan carutan

  1. Nokia E71/E72 - mengidam mahu yang ini...phone yang sangat in sekarang...siapa kata tak in?? meh sini aku babab!! kalau setakat iPhone tu..bagi aku tak in mana la..heh padahal tak mampu...bla la aku..haha...tak tak...setelah disurvey dan ditinjau family aku sekarang dah serik dengan touchscreen phone..memang sial...cepat rosak...cepat hang...menyusahkan hidup...pada asalnya aku ingat nak Sony Ericsson Yari...harga pon lebih kurang dengan E71 tapi bila tengok dan pegang E72 terus jatuh hati pandang pertama..ceh...dan aku rasa mesti ramai yang kata macam pak cik-pak cik yang pakai handphone macam nih..hello..abis yang pakai blackberry tu tak sama ke dengan yang nih...Scha pon pakai handphone nih dalam awan dania..heh..

  2. Nikon DSLR - heh yang nih bila mahu dapat pn aku tak tahu..yang pasti aku nak sebelum aku grad..haha..setinggi gunung angan-angan aku..tapi aku akan pastikan angan-angan aku nih terlaksana...tak dapat sebelum grad dapat lepas grad pon tak apa...boleh aku ambil kelas fotografi sekali..lepas grad agak-agak tanam anggur ke..haishh2..tak tak..aku tak nak tanam anggur...

  3. Sony Vaio - ini optional al...kalau ada duit lebih..sisa-sisa beli handphone dengan dslr boleh la kot...sebab si sengal(nama baru en.laptop aku) nih boleh hidup lagi..sesengal-sengal dia nih dah berjasa banyak kat aku..tengok la mampu ke tak bertahan sampai aku grad...sekarang nih tanpa anti-virus pon si sengal nih boleh bertahan..memang kental la..dengan tuan dia yang suka download cerita dekat internet..memang si sengal sebuah laptop yang tabah...jadi kalau ada yang ak bagi free pon aku terima saja...rezeki aku tak tolak...

  4. CGPA - okeh..ini yang akademik sikit...disebabkan cgpa aku merudum jatuh gedebuk...aku nak naikkan balik cgpa aku...dengan mendapat GPA yang boleh dibanggakan..tak dean's pon tak apa..aku tahu la aku study macam mana..memang susah la aku nak cium bau tangan dekan aku tuh..hahaha..
  5. yang lain-lain - biar aku pikir sendiri...ni yang kalau aku rasa aku nak boleh je beli...yang tak perlu riban-riban la...

ppalangs : 10/01/10 pergh cantek la hari jadi mama..hehe...happy belated birthday to pnrokiah..sila berbahagia didunia ini bersama anak-anak dan suami tercinta...sayang mama...muahhhh2..

ppalangs 2 : baru je tengok boys over flower..heh..cikepal..aku lah orang yang agak mundur itu...hahaha...gu jun pyo itu menawan kerana rambut kerinting dia..tapi aku lagi suka dan fanatik yang amat dekat So Yi Jung..haish..pada pandangan serong aku..dalam ketiga-tiga version aku suka yang asal lagi la...meteor garden..ye ke tu versi asal..sebab yang aku wiki cerita nih adaptasi dari manga jepun..ntah la..tapi yang asalnya F4 tu kumpulan dari Taiwan kan...whatever la kan..tu bukan kerja aku pon yang penting aku suka versi Taiwan sebab hero tak rambut kerinting..heeee....masuk versi Korea nih..terus jadi macam bosan gila..tak tahu kenapa...

nota kecik: banyak betul ppalangs...



yang suke membebel:
Photobucket

Friday, January 8, 2010

entry pertama tahun ini

1


nota kecik:.heh.



yang suke membebel:
Photobucket