Wednesday, June 16, 2010

review sikit je : Lagenda Budak Setan

overall : boleh tahan..aku suka cara director sampaikan jalan cerita berdasarkan novel sebenar..tapi of course la banyak beza..apa kau nak lagi..dari novel tebal macam kamus dewan nak jadikan filem yang durasi hampir 2 jam..dan sememangnya jalan cerita padat,sebab macam nak masukkan semua unsur-unsur penting cerita..dan yang paling aku suka..sinematografi cerita nih..fuhh tip top..tempat-tempat dia cun..camera angle..semua tu bagi aku membuatkan penonton lagi jauh berkhayal..dah la tengah feeling kasyah tu pakwe kau..tambah lagi tempat-tempat yang cantik tu..memang perfect la kan..

dan pengajaran yang aku dapat dari filem nih..cinta itu satu pengorbanan dan yang nih aku suka sangat..kalau dalam status FB aku sebelum ni pon aku dah post.. CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI..



nota kecik:ok sekarang kau boleh masukkan cicak dalam air aku..pastu aku tercekik,kau selamatkan..then kite boleh couple..amacam??

Monday, June 14, 2010

review siri TV : The Vampire Diaries

baik...cukup cerita pasal bola..nanti cerita lagi lain kali..tapi nak cerita sikit boleh? bolehkan..sebab ini blog aku..haishh..setakat hari ini, aku nampak corak permainan untuk world cup kali ni still suam-suam kuku..kira macam tengah warming up lagi..maybe belum ada match yang hebat-hebat. tapi semalam Argentina dengan Nigeria..fuhh..what a game..messi cuba skor banyak kali tapi gagal..mess betul si messi itu..tapi effort dia patut dipuji la..dan jangan pandang rendah dengan Nigeria..pertahanan dia cukup kuat sampai letih si Messi cuba sumbat gol tapi tak lepas-lepas..ada jugak 2 3 kali Nigeria bikin Maradona cuak..tapi kemenangan berpihak pada Argentina..dan tak lupa Korea monang bosar la jugak..Asia untuk Asia okeh konsep sekarang.. 2-0 menentang Greece..sangat kagum..

silap tajuk ke hapa..patutnya review bola..baik tukar balik mood..review siri TV : 2. dah dua..nak tahu review siri TV : 1 klik SINI bukan sana..heh..bikin lawak cerdik di malam hari. The Vampire Diaries..cerita ini bagi aku sangat best kalau mahu dibandingkan dengan Twilight.. dan jauhhhhhhh lagi best dari True Blood.. aku serik tengok true blood..tengok episod 1 minit ke-2 dah buat aku berdosa dan terus mendelete cerita itu dari pandangan mata aku..hah..lain kali jangan suruh aku tengok cerita yang bukan-bukan ye en.bintang.aku ni kategori suci dalam debu lagi.muahaha...nampak sangat tipu...dan korang jangan gatal pergi google pulak..nanti jumpa video cerita ni yang pelik-pelik jangan salahkan aku..


dan reason yang kuat untuk aku kate cerita ni best adalah sudah tentu hero yang hensem terbaik dari ladang..bukan ladang tapi hutan...dah namenye vampire..dan jalan cerita dia pon menarik..nak kenal pelakon kacak dan jelita?? tak nak sudah...


  • Nina Dobrev (Elena Gibert/Katherine Pierce) - heroin ini cerita..baik bila cerita pasal vampire, heroin mesti antara yang kebal dengan makhluk-makhluk tak berapa nak halus nih..dan same la untuk ceirta ni..memang dia aje yang berani untuk watak perempuan la..mana tak kalau takut tak de lak kau dapat balak vampire kan..tapi itu untuk watak Elena..dan untuk Katherine pulak dia nih la yang jadikan 2 orang hero dalam cerita ni vampire..kira dia ni macam starter la..bukan starter pack xpax..nak tahu lebih lanjut boleh la google tak pon tengok sendiri cerita ni oke..tak kan aku nak cerita dari A-Z..sampai esok pon tak habis..


  • Paul Wesley (Stefan Salvatore) - hero pertama cerita nih..bagi aku biasa-biasa je..tak la hensem mana..(walaupun) haha..boleh la..maybe sebab dia nampak cool dan rilex orangnya jadi dia jadi hero..dia ni vampire baik..kalau pada awal cerita dia digambarkan sebagai vampire yang bersopan santun dan berbudi bahasa..dia ni jugak tak minum (minum ke hisap ek?) lantak la yang mana pon..dia tak minum darah manusia..pada awal cerita la..pastu ada split personaliti kejap, dia pegi minum darah manusia..dah ketagih..tapi hasil didikan aweks tersayang(Elena) dia kembali ke jalan yang benar..heeeehhhhh...review tak boleh bla..haha...tapi ada kisah disebalik dia yang cool ni..tak caya?kena tengok..

  • Ian Somerhalder (Damon Salvatore) - yang paling aku tunggu - tunggu nak buat review..haissssh..walaupun 2nd hero..tapi tetap menjadi pujaan hati..abang kepada Stefan yang sememangnya watak jahat pada awal cerita..memang jahat sampai kita rasa dia ni tak ada hati perut..suka hati main hisap darah orang..dah tu bunuh-bunuh tu mainan dia je..dan dia jadi macam tu sebab nak sangat-sangat jumpa dengan kekasih hati dia Katherine. macam - macam cara dia nih buat untuk jumpa balik kekasih dia yang dah terpisah 145 tahun kauuu...dan seperti kebiasaannya memang favourite aku watak - watak macam ni..contoh masa review gossip girl kan fav. aku si Chuck Bass tu..hah skang dia nih pulak..watak yang ala-ala budak setan nih..sebab tu aku suka cerita Ali Setan..tetiba..haha

  • Steven R. McQueen (Jeremy Gilbert) - hamik kau sekali panjang nama betul dia..ok..sebab nak review jugak dia of course la..hensem kot..cair gua beb..tapi dia ni tak jahat pon..cuma kesian kat dia semua perempuan yang dia nak kena tinggalkan dia..dan penerimaan dia pada vampire nih sangat cool je..dalam kata lain bila kita tahu yang dia ni vampire of course la kita takut kan..tapi mamat nih rilek je..siap nak suh tukarkan dia jadi vampire lagi..Jeremy ni adik kepada Elena..dan cerita nih banyak la bergantung kepada asal keturunan nenek moyang diaorang..

kesimpulannya memang cerita ni best tapi satu je la kena ingat..tengok boleh..percaya jangan..haha..ada banyak lagi review-review yang bakal menyusul selepas ini antaranya Glee dan Chuck..tunggu aje la bile..tahun depan kot...




nota kecik: review movie tak ada..sebab aku jarang pegi panggung..download kat torrent je..huhu..tu pon of kos la yang dah kua 2 3 minggu..

Friday, June 11, 2010

cawan dunia (baca: piala dunia/world cup)

okay aku tahu ini sangat jarang berlaku..2 entry dalam masa 10minit..bukan jarang lagi dah..ini tak pernah berlaku..kenapa? sebab masa aku bukak dashboard untuk update cerita yang ini, aku jumpa cerita yang kat bawah(kata lain aku jumpa template design baru yang aku cerita kat bawah ni) jadi sekarang masa untuk entry yang sepatutnya..bukan bermain polis entry one to jaga..heh..apa kau merepek nih..

yeay!! world cup is ON..demam?selsema?batuk? semua ada..dari makcik cleaner,makcik peah warung kopi janda terHOT, pakcik nelayan, pakcik-pakcik yang lepak warung kopi janda makcik peah, budak-budak, boleh kata semua lah dah rasa bahang piala dunia Afrika Selatan sekarang..dan sudah tentu golongan-golongan remaja seperti aku tak ketinggalan..remaja lagi kau??iye la...baru di awal 20-an

bila sebut world cup semua excited..yang tak tengok bola pon jadi tengok..yang tak suka cakap pasal bola pon akan cakap..yang tak tengok EPL pon tiba-tiba boleh cerita pasal bola..aku? mestilah bukan dari golongan itu..aku layan EPL tapi kesempatan nak tengok dekat U memang tak ada..tak best..tapi bila aku balik, memang aku tengok..layan dengan along aku..kalau dekat U ade 2 3 orang perempuan je yang tengok..tu pon sokong Man Utd..heh apa barang sokong M.U?? jadi aku tak ada geng..dah tu aku ni tahu lagi batas aku sebagai perempuan..tak kan aku nak jerit lompat-lompat dekat cafe masa tengok bola..dekat rumah kesah ape aku..haha..jadi world cup kali ni aku harap la ramai siswi-siswi yang turun tengok bola sekali dengan aku..

pasukan pilihan?? SPAIN. siapa sokong SPAIN angkat laptop..kenapa SPAIN?? heh SPAIN ada Febregas.Torres. David Villa. terbaik dari ladang..dan aku rasa pasukan pilihan ramai orang di luar sana BRAZIL..tak kesah la..tapi yang pasti nanti mesti tukar-tukar pasukan pilihan..lain la kalau MALAYSIA masuk world cup..1 hari nanti..siapa tahu..haha..

okay malas cerita banyak ni antara group yang paling aku nak tengok .



group G memang tough. mungkin untuk PORTUGAL la..tapi kita tengok la nanti...okay la malas nak taip lagi dah..kita tunggu siapa bawak balik ni :



nota kecik: pasukan pilihan korang pulak apa? share ler..

yang baru..

penat aku bermain dengan coding-coding yang hebat lagi gagah perkasa nak bagi blog aku nih cantik menarik tertarik kau memang the domb..sekali blogger dah buat perkhidmatan baru yang mudah cepat dan betul tanpa perlu kau susah-susah main coding sampai sakit kepala..




dan template sekarang adalah hasil penggunaan menda alah nih..yang lama aku pegi buang begitu sahaja tanpa perlu kompromi..walaupun mengambil masa yang agak lama untuk disetelkan..haha..dan aku mengesyorkan kawan-kawan yang malas tapi nak belog cantik untuk gunakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh blogger..sekian


nota kecik: suka mengarut.walaupun ini serius