Saturday, December 11, 2010

another wish granted.

sedar tak sedar kita dah pon dipenghujung tahun 2010.tahun yang cukup banyak cerita suka,duka dan macam-macam lah..tak apa, nanti buat entry closing 2010.sekarang nak cerita yang 1 impian aku dah pon jadi kenyataan.dan..jeng..jeng..jeng...aku dah pon dapat rasa pegang DSLR! yup bukan pinjam punya..ini butul-butul gua punya..hasil perkongsian harta dengan adik dan kakak gua tanpa campur tangan en.abah dan pn.mama..walaupun memang asalnya tu duit diorang dah aku mana kerja lagi..tapi tu duit hasil tabungan aku..jadinya tu duit aku lah ye dak? ape kau merepek nih atikah ooi?

walaupun aku mengimpikan Nikon DSLR tapi aku rasa aku dapat yang lagi baik..

CANON EOS 60D
canon 60D ni baru je 2 3 bulan ada kat pasaran.so,ok la..kire paling in la..dan sekarang tengah belajar macam mana nak guna. ingatkan pakai macam kamera phone je..hahaha..kau buat lawak. ok..jadi aku rasa, mungkin tak lama lagi belog ni akan jadi photoblog bukan goblog..sebabnya aku memang nak asah skill aku..ye la kalau dah beli takkan aku nak ambil gambar biasa je kan..

jadi aku mengharapkan siapa-siapa yang ada kepakaran dalam seni photography nih kalau sudi boleh la tunjuk ajarku sifu..




nota kecik:adios amigos

update blog macam susah sangat

setelah berkurun lama belog ni ditutup akhirnya terbuka juga pintu hati tuan belog untuk merenovate dan membuka belog ni..dah renovate satu hal..nak cari nama belog yang baru sangat la susah.aku dah la lahirnya dari aliran sains tulen..memang hampeh bab-bab buat ayat guna karya sastera dan juga tajuk gempak semua orang ingat.. sekarang belog ni masih lagi dalam proses ubah suai..kau ingat rumah je ade renovate?belog pon ade..aku tak ada la letak harapan untuk aku siapkan belog ni dalam masa terdekat..haha..aku yang letak harapan.bukan korang.baiklah, aku update panjang-panjang esok pulak.baru nampak meriah.asyik update.sehari sepuluh entry.ok tipu.1 entry pon belum tentu. ok la.bye~





nota kecik:nama belog..nama belog.

Thursday, October 21, 2010

aku tak stress langsung..

quiz unit operation 1
poster presentation
techno presentation+report
assignment SEM+presentation
test 2 SEM
test 2 CRE 2
impromptu speech
final test german
final test techno
lab test
integrated project
assignment CRE 2

*latest update..buang 1 tambah 1..bila nak habis?

dalam masa 2 minggu sebelum study week..kalau tak ada ketahanan mental dan fizikal yang cukup, mungkin kecundang ditengah jalan..nak kata aku stress dengan semua ni, tak ada pon...tapi rasa terbeban yang amat bila semua-semua ni dihimpit dengan test..masa bila aku nak study ooiii?

agak-agak body aku boleh tough tak bila kerja banyak macam ni??


aku tak sampai level nih lagi..sebab aku masih sayangkan katil aku..jadi banyak mcm mn pon kerja, tidur tetap priority aku.

ini bukan stress tapi lapar..

nota kecik:aku nak masukkan cerita ni dalam blog..nanti aku boleh review balik cerita ni kat anak-anak aku..haha..okeh,kelas menghambat..dah kena berambus dari sini..

Monday, October 4, 2010

cause i had a bad day!

ini pulak entry baru taip sekarang. hari yang malang bagi aku..bukan happy sunday..tapi gloomy sunday..apa masalah aku tak tahu

perkara malang pertama : pergi basuh baju dekat mesin,balik dari buat kerja eXpoconvo niat di hati nak ambil baju..tengok2 mesin buat hal..air bertakung..turun balik..naik bilik di aras 2 nak ambil syiling..nak keluarkan air..turun balik..naik balik ke aras 1 bilik dobi..baru nak letak syiling...black out..fius tertendang..tahniah buat aku..rasa macam nak bagi penerajang maut kat mesin-mesin yang dah agak lama tak kena penerajang maut aku. turun balik.

perkara malang kedua : pergi beli makanan..on da way balik bilik..biasalah daki tangga sampai aras 2..noted ARAS 2!!! tapi aku boleh terlajak samapi aras 3..ape ke bangangnye..aku tak sedar atau aku memang sengal....turun balik..

perkara malang ketiga : tengah bak pasang laptop, ntah macam mana tangan aku terlanggar air yang beli di cafe tadi..abis carpet dan jugak sejadah aku..tahniah..kena basuh lagi..tidak dilupa, baju yang bertimbun dalam mesin jahanam itu..haha..maaf bahasa kurang supan. dari kerja banyak jadi kerja bertimbun!

pesanan : perkara-perkara malang ini memang berlaku secara berturut-turut..ikut kronologi..kalau ikut hati nak je aku jerit kuat-kuat masa semua ni jadi..tapi aku tak berapa suka ikut hati..suka hati aku suka..baiklah..baiklah..aku nak tidur..dengan harapan...isnin hari yang bahagia dan bertuah buat aku..



nota kecik:boleh siapa-siapa bagitahu..apa masalah aku????aaaaaaaaaaarrrrrrrggggggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

entry selamat hari raya maaf zahir batin

jangan pelik..entry ni dah ditaip 2minggu yang lepas dan tak perlu gelak..tak perlu nangis..aku memang dah tak ada hati nak berblog sekarang..nanti lah aku cari hati lain..beli dekat giant..ok jugak..hari ini dah hari ke berapa syawal?ha kira-kira..pakai jari tu...jadi dikesempatan ini, aku nak mohon ampun andai sepanjang aku berblog ni aku ada menyinggung hati dan perasaan kalian semua..mana tahu,anda-anda terasa seperti anda diperkatakan dalam blog ini..jadi aku nak mintak maaf lah..harap aku dapat kembali berblog dan bila dah kembali berblog, aku akan cuba bawa sesuatu yang baru.

syawal aku kali ni lebih meriah daripada biasa..tak hangat dah namanya..ni dah masuk kategori hangit,hangus..tapi disebalik kemeriahan dan kegembiraan tu,tak dapat dinafikan yang aku rindu dekat seseorang yang memang aku tak pernah miss nak berbuka dengannya setiap kali ramadhan walaupun sekali saja aku balik kelantan, seseorang yang aku tak pernah miss nak peluk, cium dan salam dengannya setiap kali syawal walaupun bukan di pagi raya..kerinduan tu memang aku tak dapat nafikan..jauh disudut hati aku, ada simpan semua kenangan dengannya..aku rindu dia..

arwah 'mok' nenek aku yang kembali ke rahmatullah pada 11.07.2010. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin,soleh dan solehah.

dah-dah..tiba-tiba aku nak menangis dalam loker sekarang..baik kita teruskan perjalanan raya kita dengan:

1 Syawal


standard la pagi syawal memang wajib ada sesi fortografi.encik abah kurang tidur gamaknye..puan mama pula terkenangkan kuah laksa didapur.mereka semua nyawa saya.

bersama boyfriend saya
bersama kekasih hati

cupcakes di pagi raya

dipagi raya juga wajib ada gambar budak kecik ni

encik abah bersama aiman
2 Syawal & 3 Syawal
duduk rumah goyang bontot. tunggu orang datang beraya..macam budak kecik ni buat..ini memang gambar raya kedua.
bajet hot

4 Syawal
beraya dengan kawan-kawan..best woo..best woo...tak pernah keluar beraya dengan kawan-kawan.

edisi raya tak cukup masa
5 Syawal
keluar beraya lagi.kali ni lagi meriah..semua kawan-kawan aku masa sekolah rendah berkumpul..ditambah dengan kawan-kawan masa form 1- form 3..walaupun antara mereka ni tak kenal pon 1 sama lain, tapi tetap happening.juga pertama kali pergi beraya naik van secara berjemaah..kelakar giler..

camwhore dihadapan rumah orang.edisi raya banyak tempat

camwhore lagi

hah..kami lah geng..geng..geng..van hijau..beraya naik van.kau ade??

dari darjah 1 sampai tingkatan 5..kawan-kawan aku ada yang tak kenal pon tapi still boleh masuk kepala..bagus..
6 Syawal
jadi pak supir puan mama. masa ni jugak kawan-kawan masa Form 4 sampai Form 5 dekat seri kuantan datang beraya..sepatutnya pergi konvoi dengan mereka-mereka nih..tapi disebabkan syurga dibawah tapak kaki ibu, tak dapatlah aku join..

7 Syawal
jadi pak supir muhazim..bawak beliau pergi beraya..

8 Syawal
pergi meronggeng rokiah..eyh bukan rokiah..rokiah ialah puan mama..pergi meronggeng bersama kawan-kawan..keluar pergi makan steamboat dekat Johnny's..memang terbaik dari ladang..tak dapat ikut dyorang jalan lama-lama sebab biasalah..semua anak encik abah ada curfew..


the Johnny's


tiba-tiba gua rasa nak makan steamboat



nota kecik:aku rindu arwah mok tua aku..arwah tokki..ya allah..tempatkanlah mereka ditempat orang-orang beriman. amik kau..entry raye orang lain dah berhabuk..amik..amik..nak sangat

Tuesday, August 31, 2010

hari ini kita sambut yang ke-53!

dengar sini orang kampung!!dikesempatan yang tak berapa nak sempat ni..aku nak wish selamat hari selasa  kemerdekaan Malaysia yang ke-53..dah lama rasanya blog ni jadi blog tinggal..malas lah..banyak komitmen lain..jaga anak..masak untuk suami..kemas rumah..ok..kalian boleh la tekan pangkah merah kat atas  tu sekarang..

sempena hari kebebasan ni..aku nak bebaskan diri aku dari belenggu tak update blog selama berbulan-bulan lamanya..lama tak menaip..pelik pulak rasa..selama ni menaip report sahaja..tak sama dengan menaip blog..ok aku tahu tak payah nak explain pasal hal ni..inilah yang jadi bila dah lama tak mencarut mengarut melalui blog.

terima kasih buat perwira-perwira negara yang berkorban nyawa memerdekakan Malaysia..aku tak akan rasa nikmat hidup dibumi Malaysia tanpa kalian..dan aku harapkan keamanan yang sama dekat Palestin sana..aku bukan jenis patriotik pakai baju jalur gemilang..pasang bendera dekat kereta..tapi merdeka aku ada dalam hati aku..berbakti pada agama dan negara..



*gambar boleh didapati di google.com dengan percuma tanpa yuran perkhidmatan



nota kecik: ok..nak pergi masak dengan rumate tersayang..ada parti kecil-kecil sahur nanti..parti sardin cap marina dan ikan bilis cap air tangan rumate..terima kasih Ya Allah atas nikmat ini...merdeka kali ini aku masih tersenyum..

Thursday, July 1, 2010

senyap..sunyi..bukan aku

kadang-kadang kata-kata buat kita bosan..luahkan semua..cerita semua..tapi siapa yang faham?siapa yang peduli?bukan berhenti menulis tapi cuba sesuatu yang baru..aku..suka abstract..aku suka yang tersirat..masing-masing ada pendapat masing-masing..terjemah dalam bahasa hidup masing-masing..itu yang aku mahu..tapi tidak berhenti disini~~ cari solusi baru..jiwa baru...

cari aku kat sini


nota kecik: it's still in my heart..till then~~

Wednesday, June 16, 2010

review sikit je : Lagenda Budak Setan

overall : boleh tahan..aku suka cara director sampaikan jalan cerita berdasarkan novel sebenar..tapi of course la banyak beza..apa kau nak lagi..dari novel tebal macam kamus dewan nak jadikan filem yang durasi hampir 2 jam..dan sememangnya jalan cerita padat,sebab macam nak masukkan semua unsur-unsur penting cerita..dan yang paling aku suka..sinematografi cerita nih..fuhh tip top..tempat-tempat dia cun..camera angle..semua tu bagi aku membuatkan penonton lagi jauh berkhayal..dah la tengah feeling kasyah tu pakwe kau..tambah lagi tempat-tempat yang cantik tu..memang perfect la kan..

dan pengajaran yang aku dapat dari filem nih..cinta itu satu pengorbanan dan yang nih aku suka sangat..kalau dalam status FB aku sebelum ni pon aku dah post.. CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI..



nota kecik:ok sekarang kau boleh masukkan cicak dalam air aku..pastu aku tercekik,kau selamatkan..then kite boleh couple..amacam??

Monday, June 14, 2010

review siri TV : The Vampire Diaries

baik...cukup cerita pasal bola..nanti cerita lagi lain kali..tapi nak cerita sikit boleh? bolehkan..sebab ini blog aku..haishh..setakat hari ini, aku nampak corak permainan untuk world cup kali ni still suam-suam kuku..kira macam tengah warming up lagi..maybe belum ada match yang hebat-hebat. tapi semalam Argentina dengan Nigeria..fuhh..what a game..messi cuba skor banyak kali tapi gagal..mess betul si messi itu..tapi effort dia patut dipuji la..dan jangan pandang rendah dengan Nigeria..pertahanan dia cukup kuat sampai letih si Messi cuba sumbat gol tapi tak lepas-lepas..ada jugak 2 3 kali Nigeria bikin Maradona cuak..tapi kemenangan berpihak pada Argentina..dan tak lupa Korea monang bosar la jugak..Asia untuk Asia okeh konsep sekarang.. 2-0 menentang Greece..sangat kagum..

silap tajuk ke hapa..patutnya review bola..baik tukar balik mood..review siri TV : 2. dah dua..nak tahu review siri TV : 1 klik SINI bukan sana..heh..bikin lawak cerdik di malam hari. The Vampire Diaries..cerita ini bagi aku sangat best kalau mahu dibandingkan dengan Twilight.. dan jauhhhhhhh lagi best dari True Blood.. aku serik tengok true blood..tengok episod 1 minit ke-2 dah buat aku berdosa dan terus mendelete cerita itu dari pandangan mata aku..hah..lain kali jangan suruh aku tengok cerita yang bukan-bukan ye en.bintang.aku ni kategori suci dalam debu lagi.muahaha...nampak sangat tipu...dan korang jangan gatal pergi google pulak..nanti jumpa video cerita ni yang pelik-pelik jangan salahkan aku..


dan reason yang kuat untuk aku kate cerita ni best adalah sudah tentu hero yang hensem terbaik dari ladang..bukan ladang tapi hutan...dah namenye vampire..dan jalan cerita dia pon menarik..nak kenal pelakon kacak dan jelita?? tak nak sudah...


  • Nina Dobrev (Elena Gibert/Katherine Pierce) - heroin ini cerita..baik bila cerita pasal vampire, heroin mesti antara yang kebal dengan makhluk-makhluk tak berapa nak halus nih..dan same la untuk ceirta ni..memang dia aje yang berani untuk watak perempuan la..mana tak kalau takut tak de lak kau dapat balak vampire kan..tapi itu untuk watak Elena..dan untuk Katherine pulak dia nih la yang jadikan 2 orang hero dalam cerita ni vampire..kira dia ni macam starter la..bukan starter pack xpax..nak tahu lebih lanjut boleh la google tak pon tengok sendiri cerita ni oke..tak kan aku nak cerita dari A-Z..sampai esok pon tak habis..


  • Paul Wesley (Stefan Salvatore) - hero pertama cerita nih..bagi aku biasa-biasa je..tak la hensem mana..(walaupun) haha..boleh la..maybe sebab dia nampak cool dan rilex orangnya jadi dia jadi hero..dia ni vampire baik..kalau pada awal cerita dia digambarkan sebagai vampire yang bersopan santun dan berbudi bahasa..dia ni jugak tak minum (minum ke hisap ek?) lantak la yang mana pon..dia tak minum darah manusia..pada awal cerita la..pastu ada split personaliti kejap, dia pegi minum darah manusia..dah ketagih..tapi hasil didikan aweks tersayang(Elena) dia kembali ke jalan yang benar..heeeehhhhh...review tak boleh bla..haha...tapi ada kisah disebalik dia yang cool ni..tak caya?kena tengok..

  • Ian Somerhalder (Damon Salvatore) - yang paling aku tunggu - tunggu nak buat review..haissssh..walaupun 2nd hero..tapi tetap menjadi pujaan hati..abang kepada Stefan yang sememangnya watak jahat pada awal cerita..memang jahat sampai kita rasa dia ni tak ada hati perut..suka hati main hisap darah orang..dah tu bunuh-bunuh tu mainan dia je..dan dia jadi macam tu sebab nak sangat-sangat jumpa dengan kekasih hati dia Katherine. macam - macam cara dia nih buat untuk jumpa balik kekasih dia yang dah terpisah 145 tahun kauuu...dan seperti kebiasaannya memang favourite aku watak - watak macam ni..contoh masa review gossip girl kan fav. aku si Chuck Bass tu..hah skang dia nih pulak..watak yang ala-ala budak setan nih..sebab tu aku suka cerita Ali Setan..tetiba..haha

  • Steven R. McQueen (Jeremy Gilbert) - hamik kau sekali panjang nama betul dia..ok..sebab nak review jugak dia of course la..hensem kot..cair gua beb..tapi dia ni tak jahat pon..cuma kesian kat dia semua perempuan yang dia nak kena tinggalkan dia..dan penerimaan dia pada vampire nih sangat cool je..dalam kata lain bila kita tahu yang dia ni vampire of course la kita takut kan..tapi mamat nih rilek je..siap nak suh tukarkan dia jadi vampire lagi..Jeremy ni adik kepada Elena..dan cerita nih banyak la bergantung kepada asal keturunan nenek moyang diaorang..

kesimpulannya memang cerita ni best tapi satu je la kena ingat..tengok boleh..percaya jangan..haha..ada banyak lagi review-review yang bakal menyusul selepas ini antaranya Glee dan Chuck..tunggu aje la bile..tahun depan kot...




nota kecik: review movie tak ada..sebab aku jarang pegi panggung..download kat torrent je..huhu..tu pon of kos la yang dah kua 2 3 minggu..

Friday, June 11, 2010

cawan dunia (baca: piala dunia/world cup)

okay aku tahu ini sangat jarang berlaku..2 entry dalam masa 10minit..bukan jarang lagi dah..ini tak pernah berlaku..kenapa? sebab masa aku bukak dashboard untuk update cerita yang ini, aku jumpa cerita yang kat bawah(kata lain aku jumpa template design baru yang aku cerita kat bawah ni) jadi sekarang masa untuk entry yang sepatutnya..bukan bermain polis entry one to jaga..heh..apa kau merepek nih..

yeay!! world cup is ON..demam?selsema?batuk? semua ada..dari makcik cleaner,makcik peah warung kopi janda terHOT, pakcik nelayan, pakcik-pakcik yang lepak warung kopi janda makcik peah, budak-budak, boleh kata semua lah dah rasa bahang piala dunia Afrika Selatan sekarang..dan sudah tentu golongan-golongan remaja seperti aku tak ketinggalan..remaja lagi kau??iye la...baru di awal 20-an

bila sebut world cup semua excited..yang tak tengok bola pon jadi tengok..yang tak suka cakap pasal bola pon akan cakap..yang tak tengok EPL pon tiba-tiba boleh cerita pasal bola..aku? mestilah bukan dari golongan itu..aku layan EPL tapi kesempatan nak tengok dekat U memang tak ada..tak best..tapi bila aku balik, memang aku tengok..layan dengan along aku..kalau dekat U ade 2 3 orang perempuan je yang tengok..tu pon sokong Man Utd..heh apa barang sokong M.U?? jadi aku tak ada geng..dah tu aku ni tahu lagi batas aku sebagai perempuan..tak kan aku nak jerit lompat-lompat dekat cafe masa tengok bola..dekat rumah kesah ape aku..haha..jadi world cup kali ni aku harap la ramai siswi-siswi yang turun tengok bola sekali dengan aku..

pasukan pilihan?? SPAIN. siapa sokong SPAIN angkat laptop..kenapa SPAIN?? heh SPAIN ada Febregas.Torres. David Villa. terbaik dari ladang..dan aku rasa pasukan pilihan ramai orang di luar sana BRAZIL..tak kesah la..tapi yang pasti nanti mesti tukar-tukar pasukan pilihan..lain la kalau MALAYSIA masuk world cup..1 hari nanti..siapa tahu..haha..

okay malas cerita banyak ni antara group yang paling aku nak tengok .



group G memang tough. mungkin untuk PORTUGAL la..tapi kita tengok la nanti...okay la malas nak taip lagi dah..kita tunggu siapa bawak balik ni :



nota kecik: pasukan pilihan korang pulak apa? share ler..

yang baru..

penat aku bermain dengan coding-coding yang hebat lagi gagah perkasa nak bagi blog aku nih cantik menarik tertarik kau memang the domb..sekali blogger dah buat perkhidmatan baru yang mudah cepat dan betul tanpa perlu kau susah-susah main coding sampai sakit kepala..




dan template sekarang adalah hasil penggunaan menda alah nih..yang lama aku pegi buang begitu sahaja tanpa perlu kompromi..walaupun mengambil masa yang agak lama untuk disetelkan..haha..dan aku mengesyorkan kawan-kawan yang malas tapi nak belog cantik untuk gunakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh blogger..sekian


nota kecik: suka mengarut.walaupun ini serius

Thursday, May 27, 2010

saya sayang abah saya

ok.baru selesai menonton PAPADOM..baikk cter da lapuk...aku saje je bukak balik folder movie aku..macam best je tgk PAPADOM lg sekali,aku pon tengok la..da aku tak keluar tengok wayang..sangat baik kan aku..tinggal diUMP memang membahagiakan.bahagia bahagia..maklum saja aku tak ada boipren untuk mengajak menonton wayang.tak ada boipren untuk belanja tengok wayang.boipren untuk tengok wayang dari luar ada.lepas tengok papadom melakukan aktiviti blog berjalan.tersinggah di blog fynn jamal dan terbaca kisah seorang abah lagi.hati aku terus kecut.bukan takut.tapi sebak.mungkin itu yang dirasai oleh seorang bapa dalam cerita papadom. ermm..kalau dikaji ada ciri-ciri abah kat en.saadom tu.ermm..ada..well..tak ada la part hantar makanan.jadi tukang kebun.afraid to let go anak dara dia.tak ada. tapi yang aku nampak. the fact that abah sangat ambil berat dan juga meletakkan beberapa syarat kepada anak - anaknya..haha..that's the real point here. face it..kata abah:

  • no coupling until you finished your study.
  • without his permission you never can get hanging out with your friends. most importantly boys..strictly prohibited.
  • while you were in UMP don't even dream of going out without his permission again.
  • if you get to hang out with your friends,well it's just for a while. at a certain time he will call and asked you to go home. night? don't even dream of it. if you get the permission then prepare to get call for every hour..erk..minutes.
  • tengok wayang.heh.buang masa katanya..buang duit juga..hahah tetiba melayu


erm....ada betulnya ada tak betulnya fakta-fakta tersebut..maksud aku bukan aku menipu.tapi most of it aku da break. well..aku bukan anak yang baik.betul aku admit..memang semua rules tersebut sudah di break kan oleh aku. erm..aku bukan jenis follow the rules.even yang menetapkannya adalah abah.yet aku sangat berani untuk langgar.sebab tu aku sangat takut kalau kantoi everytime aku keluar dengan orang-orang yang tak sepatutnya dan waktu-waktu tak sepatutnya juga.hahaha..just hoping abah tak baca..yet my cazen would read this blog..hahaha..dem i sudah kantoi...dik..jgn bagitahu ur bpk saudara ya..hahaha..rasa macam nak nyanyi lagu kantoi zee avi pulak. tapi apa-apa pon bila aku dah break aku still akan kembali kepada keadaan asal.haha..tak dapat restu la tu..hahaha...

anyway..aku sayang abah aku.tergerak menaip entry tentang abah sebab kasihku pada abah.aku sayang abah.tapi secara jujur dan terus terang tanpa sembunyi aku memang tak tahu macam mana nak tunjukkan kasih sayang aku pada abah. betul..tak tahu.maknanya biarlah TUHAN saja yang tahu betapa sayangnya aku pada abah. dan pada aku abah boleh merasainya juga..great sekarang mahu menangis pula..




nota kecik:i love you abah..forgive me for everything i've done wrong..well i think i still gonna break the rules i guess..hahaha..sampai kantoi...lalalalaallala~~

Wednesday, May 19, 2010

tak mendapat hidayah untuk update (^_^")

tak mendapat hidayah untuk update (^_^")





nota kecik: ni betul-betul tak dapat hidayah nih
Photobucket

Friday, April 30, 2010

trailer - Lagenda Budak Setan (tak sabar den nak tengok)



inilah yang ditunggu dari aku form 3 kalau tak silap aku..siapa yang tak pernah baca novel LAGENDA BUDAK SETAN dan sekuelnya memang rugi!! rugi kau tahu!!! first novel yang aku baca..terus aku jatuh cinta dengan karya Ahadiat Akashah..novel lain aku tak berapa layan..kenapa yang ini yang aku tunggu??sebab aku kalau baca novel mesti nak bayang muka hero,heroin..karakter dengan suasana dalam novel tu skali..memang dalam kepala otak aku nih dah boleh buat drama..dan sekarang, dah pon difilemkan..aku belajar menangis baca novel dengan novel nih..belajar ketawa sorang-sorang dengan novel nih..sekarang aku tengok trailer pon rasa macam nak nangis..tapi of course la filem tak akan sama dengan yang dalam novel..kalau nak buat sama..kena buat drama..60episod belum tentu habis..maybe nanti ganti drama ADAMAYA mungkin..haha..so..ada yang nak tengok dengan aku tak??hehehe..don't worry kita sama-sama bayar~~lalalalaa

Sinopsis Filem credit to (liriklagumuzik.co.cc)

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.



Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntut cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak

Lakonan: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Raja Farah, Sheila Mambo
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.



nota kecik:nak cari boyfriend sebelum tengok filem ni boleh??huuu~~
Photobucket

Thursday, April 29, 2010

sedikit pengetahuan yang patut dikongsi bersama

setelah sekian lama dibiarkan blog ini tidak berupdate..dah macam blog tinggal aku rasa...tunggu masa hantu datang bertandang..kau jangan..nanti ada update sendiri..padahal tuan dia tengah berhempas pulas jawab exam..haha..ok tak tahu motif intro..dah lama tak menaip macam nih la..selama ni sibuk menaip report sampai 2 report kena hantar dalam masa seminggu..jadi jangan terkejut kalau nanti tiba-tiba keluar reaction-reaction kimia dan sewaktu dengannya..

tahap kebosanan aku di UMP sekarang sudah level 17..sikit lagi nak naik level 18..kalau naik level 18 jadi apa??tak jadi apa-apa..jangan risau..setakat jadi super saiya tu mungkin la..mungkin..perasaan jeles menyelubungi diri apabila melihat orang ramai yakni warga UMP menyorong papan tarik papan..eyh bukan..meyorong beg..tarik beg..itu pon kalau mereka pakai beg tarik versi AF..kalau bukan beg tarik bukan masalah aku..student-student dari fakulti lain sudah melaungkan merdeka dan kemas-kemas barang sebab nak balik kampung..bukan sebab diorang suka nak kemas barang...aku..masih di UMP..masih setia di sini..menanti detik untuk tamat final exam dan dijangka habis minggu hadapan..sekarang??masa berfoya-foya sebab gap sangat lama..sangat lama..sangat lama..ye..3 kali baru cukup syarat..sekarang boleh bayangkan betapa lamanya gap aku??tak boleh?tak apa...aku tak kesah..

oleh kerana terlalu bosan..FB menjadi medium utama untuk mengtransfer kebosanan aku..dan hasil dari bermuka buku..aku main application nih..

sila klik untuk tumbesaran yang tidak terbantut

menurut FB aku ada peluang sebanyak 88% untuk berkahwin dan bakal mempunyai 7 orang anak..subur sungguh..aku harap begitu la..tapi menurut pertimbangan aku...bakal suami aku seorang yang kaki bola dan sudah tentu kalau tanya nak anak berapa orang..secara cliche dia akan jawab..biar boleh buat team bola..jadi 7 tak cukup..aku harap bakal suami aku mampu la nak menanggung anak seramai satu team bola..jadi paling kurang gaji kau kenalah lebih dari gaji aku..nak tahu gaji aku..tengok kat atas tu..bukan nak berlagak..tapi itu kenyataan..

lagi..FB kata aku spent 26 tahun untuk tidur dan 794 jam ditandas sepanjang hidup aku..yang ni aku malas nak komen banyak..entah betul ke tidak..paling tak sekarang ada orang tengah skodeng aku nak buat statistik aku tidur berapa lama..aku pergi tandas berapa lama..ohh dah tiada privasi hidup i..dan akhir sekali..FB kata aku hidup sampai umur aku 81 tahun dan dia boleh tahu berapa ramai yang datang masa hari tersebut dan berapa orang yang datang sebab nak rebut harta aku..yang ini tak payah percaya la..nanti jatuh syirik pulak..hidup mati tu ditangan TUHAN..

dah banyak nih mengarut..nanti-nanti aku update lagi..sekarang nak pergi tengok wayang..sambil baca buku..hehh...


nota kecik: nak rebut harta aku??tak payah la..nanti aku bagi sikit sorang..semua merasa..

Photobucket

Thursday, April 15, 2010

terkial-kial jari menaip

mestilah ada sebabnya..nanti aku cerita..happy sangat sampai nak cerita pon tak boleh.. dalam kurungan padahal malas nak cerita..okt2 janji..dalam masa 2minggu atau kurang aku cerita..buat ,masa sekarang..doakan aku dapat jawab final dengan cemerlang gemilang dan terbilang

nota kecik:first time ni babe


Photobucket

Sunday, April 11, 2010

ouhh i jumpa faizal tahir..dia memang HOT and COLD

selamat malam...ini bukan lagu faizal tahir..bukan...mentang-mentang baru lepas jumpa faizal tahir...tak kesah la..siapa lu faizal...yang penting tak berapa nak ada kaitan dengan hidup aku..yang ada kaitan sekarang...aku nak update blog...


baik aku sepi dari blog sekarang sebab aku busy mengalahkan orang busy body..dan untuk record diri aku sendiri.. hampir 5 hari aku tidur pukul 4-5 pagi siapkan projek..dan semalam aku muntah(bukan disebabkan pembawakan budak tapi pembawakan angin dalam kepala)..sampai sakit aku nih ha...sekarang boleh bayang tak kebusyan aku? tak boleh sudah..bukan masalah aku..dan minggu depan dah pon start study week dan seterusnya final exam jadi makin jauh la aku dari blog ini..mungkin lepas final baru ada update baru KOT..kalau waktu study tidak diganggu makhluk-makhluk jahat seperti facebook atau lebih kepada INTERNET,tiadalah update...dan sudha pasti ada gangguan..aku yang akan pastikan..haha..


sekarang aku mahu tidur...jadi jom tidur sama-sama...


nota kecik: memang macam ape jek..tak ada idea..lama sangat tak menaip..


Photobucket

Saturday, April 3, 2010

pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat

aku malas dah nak bagi alasan..kenapa aku tak update.kenapa aku tak update...kenapa aku tak update..sebabnya aku malas..semua malas..malas update dan malas bagi alasan..nak bagi alasan aku busy pon malas..cliche katanya...nanti aku cerita aku busy dengan assignment..busy dengan projek..busy dengan presentation..busy dengan test,ada orang yang perlli-perli aku...jadi aku malaslah cerita..tapi aku nak cerita 1 perkara yang membuatkan aku update malam ni..

al-fatihah atas pemergian Mior Ahmad Fuad atau Din Beramboi..serius aku suka dia..serius aku ketawa dengan lawak dia...siapa nak buat aku ketawa pagi-pagi dalam kereta lagi?kalau pagi-pagi muka aku ketat semacam tapi bila dengan Din buat drama sebabak aku boleh ketawa terbahak-bahak (^_^") hilang muka ketat..tapi life's goes on...aku belajar sesuatu dari pemergian arwah...tak kira masa..tak kira umur..tak kira sebab...tak kira siapa, bila sampai ajal.kita akan pergi juga mengadap ILAHI...semalam kita dengar dia buat lawak..hari ni dia sudah tiada... aku selalu dengar.. orang yang buat orang lain bahagia orang lain gembira boleh dapat ganjaran pahala yang besar...kira berapa ramai yang dah arwah bahagiakan..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin...

dah update...sekarang mahu membusykan diri~~


nota kecik:memang sengaja buat tajuk tak ada kena mengena dengan entry...


Photobucket

Tuesday, March 2, 2010

entry terbaik dari ladang

hari ni niat nak update..semangat gila nak update...kalau assignment ada semangat macam ni memang aku akan hantar awal dari orang lain dah assignment aku...dari pagi (padahal bangun dah tengah hari) dari on laptop...aku karang ayat...baik punya aku susun...sikit-sikit aku tambah nak bagi entry nanti syok orang nak baca..isu dah ada..lepas tu aku pergi kelas...pergi kelas macam pergi sauna...air cond rosak...tapi dalam kepala ada lagi isi-isi untuk aku update blog...aku kan nak jadi pemblog tegar...tengah peluh-peluh buat calculation...idea datang lagi..cantik...makin bertambah semangat aku nak update..dah banyak cerita ni..getus aku dalam hati..bukan selalu macam ni..

hari ni kelas satu saja..aku balik...laptop dah on..bukak dashboard..teringat kat kebun..jenguk la kejap...sambil tanam-tanam aku tertidur..sila jangan pelik...bila aku buat sesuatu yang agak berulang kali dan mengadap menda yang sama aku memang boleh tidur..terbaikk...bangun dari tidur aku tutup mozilla..aku pergi mandi..lepas tu solat dan makan..idea aku masih segar..nasib baik..dah kenyang..aku bukak lagi dashboard..kali ni aku dah siap bukak new post..menandakan aku dah ready nak update..tetikus laju meluncur ke butang new tab..buka facebook..ramai pula yang update status..komen lah dulu...buat blog walking la pulak...akhirnya....


aku update juga...tapi idea dah tak ada...



nota kecik:.heh. .huh.


Photobucket

Wednesday, February 24, 2010

once upon a time...

heh..tajuk seperti tidak boleh bla..tajuk seperti mahu bercerita hikayat dongeng merong mahawangsa..haha..tahu tak merong mahawangsa tu apa???sila google...apa guna search engine yang berlambak dekat toolbar korang tuh..huh...kenapa merong mahawangsa??sebab aku ada buku cerita hikayat nih masa aku zaman hingusan dulu..itu dulu..rajin baca buku sejarah..sebab cerita dia menarik..bukan macam buku sejarah dekat sekolah..perenggan banyak, ayat berjela tapi isi penting satu baris..sebab itu kalau aku buka buku sejarah masa sekolah aku akan sudahi dengan tidur tak kira dikelas atau dihostel pada ketika itu..boleh buat buku bedtime story...

sebijik macam ni buku cerita aku..ntah ada lagi ke tidak..
tapi aku bukan nak cerita pasal hikayat 1001malam ke apa..tapi tadi masa tengah masak-masak dekat cafe world aku teringat masa zaman hingusan dulu..banyak betul bezanya dengan sekarang..maksud aku dari segi permainan dan hiburan..rugi jadi budak zaman sekarang..aku rasa masa zaman aku dulu lagi menarik..tak sebosan sekarang...jadi mari kita mulakan...

main masak-masak
kalau zaman-zaman aku hingusan dulu..main masak-masak paling faymes la..tapi masak tak pakai mainan plastik yang complete set ada pinggan ada dapur tapi tak boleh nak pasang api kalau tak cair mainan tu...tapi main dengan tin milo...batu-batu..pasir..daun..buah-buah yang jatuh kat kebun..pergi kutip dengan semangat lepas tu hidupkan api betul...baru real..nak makan pon konfiden sebab kita masak..heh..kau makan pasir ke??hahaha...tapi betul..sebelum masak,lepas masak..adventure ada..baru la main namanya..zaman sekarang..tak best..tak real..mana ada main api betul-betul..dah tu pulak kau dah akaun facebook cukup..dah boleh main masak-masak..duduk la melanguk depan komputer/laptop tunggu brapa jam brapa hari makanan kau dah siap..tu la main masak-masak budak zaman sekarang.

bela binatang
yang ini kalau zaman sekarang memang ada jugak..tapi semua datang dari kedai..beli pakai duit..ada kau pergi masuk hutan paya ke apa nak cari binatang-binatang pelik nak bawak balik rumah lepas tu kena marah dengan mak korang??susah nak dapat sekarang..nak-nak bela ikan..aku ingat abang aku dulu masuk dalam paya cari anak ikan..aku tak la..sebab aku dengan binatang ni kurang berminat..tak suka..tapi aku suka main serangga..haa..kalau dapat yang pelik-pelik..yang warna-warni memang aku simpan letak dalam tupperware..lepas tu aku tak tahu nak bagi makan apa..aku bagi makan buah limau la..apa-apa yang aku rasa macam best aku bagi..tak sampai sehari serangga tu dah mati..heh..sekarang pulak..hutan paya pon kau dah tak jumpa dekat kawasan rumah..kecuali yang duduk area kampung tu ada la..lagi sekali..game bela binatang..bela ikan berlambak dekat internet...tak payah susah-susah nak cari..nak beli ke apa..tapi sekali lagi..hidup budak zaman sekarang tak advanture..

kalau bab main,zaman dulu memang seronok..aku ingat lagi,main perang-perang..siap ada kubu pertahanan la..main atas pasir macam tu je..senapang pakai kayu je..kalau nak lagi syok main perang air..isi air dalam plastik lepas tu baling dekat musuh..ala-ala paintball la..tapi dulu mana nak cari paintball?haha..balik rumah dah sedia basah main air pulak..kalau yang dekat dengan sungai terjun terus dalam sungai..mandi sampai kecut semua jari..baru thrill..kakak aku lagi best main extreme terus..dia naik bukit dengan basikal..bukit memang curam la..tak lepas naik atas tergolek-golek dia dari atas bukit tu..berdarah satu badan..haha..aku rasa tu la start sukan extreme bmx..haha...

kalau ikutkan banyak lagi nak cerita...cerita pasal zaman hingusan nih memang banyak...tak habis punya...tapi memang la zaman akan berubah..mana boleh duduk ditakuk lama saja..tak maju pulak MALAYSIA nih..tapi sayang..budak-budak zaman sekarang banyak didedahkan dengan permainan dan hiburan yang lebih kebaratan...bukan budak saja tapi remaja..dewasa semua pon sama..cuma sekurang-kurangnya aku dapat hidup dizaman yang masa tu otak masing-masing kurang dipengaruhi barat..bukan tak ada tapi kurang..dan dapat rasa semua keseronokkan hidup zaman tu...

aku bukan nak kata kat orang lain sebenarnya semua tu..aku sendiri pon dok gila layan game-game itu semua..haha..tapi tak apa lah sebab aku dah besar..kang aku pergi main masak-masak ade yang pelik pulak..tak ke naya...aku cerita ni zaman kecik-kecik,masa zaman muka tak ada rasa bersalah pon...tapi budak-budak kecik zaman sekarang???nanti kalau aku dah ada anak pon macam mana yek??tak ke jauh dah aku menyimpang nih??



nota kecik: kalau cerita pasal zaman dulu, tak habis 1 page...kalau aku jumpa kawan-kawan masa kecik pon aku rasa boleh borak sampai pagi nih..


Photobucket