Wednesday, June 8, 2011

Internship?

internship? bosan tahap super saiya.. first day masuk office sv,


sv : ok atikah, awak budak degree kan? in chemical engineering?
aku : ya saya.
sv : kalau macam tu saya tak nak awak masuk kilang potong-potong besi (take note :company nih buat threading crude oil pipe untuk offshore) potong-potong tangan.
aku : errrr...potong tangan??
sv : since awak chemical engineering, saya ada 2 projek untuk awak study dan siapkan dalam tempoh awak LI kat sini. 1st : to study non-systematic centralize coolant to recycle coolant at CNC machine and 2nd : enhancing zinc and manganese phosphating process.
aku : sudah..masak gua (getus gua dalam hati). ok.

baik sila tepuk amai-amai sekarang. semua orang macam kate best la tu ade dpt projek..bla..bla..bla..tapi hakikatnya this is not best bbbrrooo. kau bayangkan, aku ditinggalkan kontang kanting tanpa ade yg guide aku..bukan tak ada langsung tapi just guide pasal kilang..aku totally lost.. plus aku nih kalau dekat tempat baru memang berat mulut..tak ke mati kutu aku..tapi aku terima cabaran nih..so aku study, tapi nak dijadikan cerita, aku rasa macam dekat UMP buat PSM. mahu tak bosan hidup aku..tiap-tiap pagi kalau tak tersengguk, tertidur tu bukan aku la..nasib baik tempat aku jauh dihujung dunia dari bilik sv aku..kalau tak mahu aku kena buang praktikal..dan waktu - waktu kelapangan memang dengan senang hati aku buka facebook dan hari nih cubaan yang lebih berani update BLOG nih! this is best bbrrooo..kerjaan aku hari-hari inilah..kadang-kadang ada masuk kilang, pegi tengok tangki coolant dengan tengok process pastu baca journal, update dalam technical report yang aku kena submit. yang aku tak puas hati, suppose time LI kita diajar something but in the end aku kena belajar sendiri sebab sv aku adalah seorang admin manager.

itu al-kisah ditempat LI, al-kisah lainnya, aku sekarang LI di kemaman dimana jaraknya agak jauh dari rumah, jadi sekarang aku tinggal di rumah sewa.. secara jujur, nih kira macam salah satu dari list perkara yang aku nak buat dalam hidup aku time belajar. ok sila gelak kalau nak gelak, dan sila menangis kalau rasa cerita ni sedih. seriusly, aku teringin nak duduk rumah sewa hidup independent dan bebas dan ada rasa tanggungjawab kat diri sendiri dan juga orang lain. let me tell you guys the truth, it's so not EASY! 1st kena pandai manage duit..ye lah ini intern je..duit elaun tu nak bayar sewa, elektrik, air, barang dapur, dengan minyak kereta..walaweh...memang tak cukup la kan..macam mana la aku nak saving beli berakberry tak pon paling cikai Iphone 4..okeh (paling CIKAI?? memang ttaakk la). 2nd kena pandai adjustkan diri dengan keadaan sekeliling.. ye la kita nih bukan duduk hostel, nak makan ada cafe, nak duit ada ATM tu pon kalau ada duit dalam bank, nak apa-apa senang. kalau tak ada air boleh bising-bising komplen dekat JHEPA, komplen dekat MPP tak puas hati sikit boleh komplen..semua ada orang setelkan..kalau dah hidup bujang, semua tu kena setel sendiri, kalau tak pandai nak bermain dengan kata-kata memang masak la kau kena tipu dengan tuan rumah..duit sewa nak cepat je..tapi rumah macam ape je..(ni dah masuk kategori lepas geram kat tuan rumah sekarang).

kesimpulannya aku sedang menghadapi fasa baru dalam hidup, iaitu bekerja dan juga tinggal secara berdikari (tak sama dengan tinggal di hostel). tapi aku ada belajar sesuatu, belajar lebih menyeronokkan kalau nak dibandingkan dengan bekerja. walaupun belajar susah tapi it's a FUN thing to do bila kawan-kawan yang kita suka ada dengan kita..
 





nota kecik: yes..yes..bangga sebab dah update..jap lagi kalau aku tersengguk nak update blog lagi la..kekeke..