Thursday, October 21, 2010

aku tak stress langsung..

quiz unit operation 1
poster presentation
techno presentation+report
assignment SEM+presentation
test 2 SEM
test 2 CRE 2
impromptu speech
final test german
final test techno
lab test
integrated project
assignment CRE 2

*latest update..buang 1 tambah 1..bila nak habis?

dalam masa 2 minggu sebelum study week..kalau tak ada ketahanan mental dan fizikal yang cukup, mungkin kecundang ditengah jalan..nak kata aku stress dengan semua ni, tak ada pon...tapi rasa terbeban yang amat bila semua-semua ni dihimpit dengan test..masa bila aku nak study ooiii?

agak-agak body aku boleh tough tak bila kerja banyak macam ni??


aku tak sampai level nih lagi..sebab aku masih sayangkan katil aku..jadi banyak mcm mn pon kerja, tidur tetap priority aku.

ini bukan stress tapi lapar..

nota kecik:aku nak masukkan cerita ni dalam blog..nanti aku boleh review balik cerita ni kat anak-anak aku..haha..okeh,kelas menghambat..dah kena berambus dari sini..

Monday, October 4, 2010

cause i had a bad day!

ini pulak entry baru taip sekarang. hari yang malang bagi aku..bukan happy sunday..tapi gloomy sunday..apa masalah aku tak tahu

perkara malang pertama : pergi basuh baju dekat mesin,balik dari buat kerja eXpoconvo niat di hati nak ambil baju..tengok2 mesin buat hal..air bertakung..turun balik..naik bilik di aras 2 nak ambil syiling..nak keluarkan air..turun balik..naik balik ke aras 1 bilik dobi..baru nak letak syiling...black out..fius tertendang..tahniah buat aku..rasa macam nak bagi penerajang maut kat mesin-mesin yang dah agak lama tak kena penerajang maut aku. turun balik.

perkara malang kedua : pergi beli makanan..on da way balik bilik..biasalah daki tangga sampai aras 2..noted ARAS 2!!! tapi aku boleh terlajak samapi aras 3..ape ke bangangnye..aku tak sedar atau aku memang sengal....turun balik..

perkara malang ketiga : tengah bak pasang laptop, ntah macam mana tangan aku terlanggar air yang beli di cafe tadi..abis carpet dan jugak sejadah aku..tahniah..kena basuh lagi..tidak dilupa, baju yang bertimbun dalam mesin jahanam itu..haha..maaf bahasa kurang supan. dari kerja banyak jadi kerja bertimbun!

pesanan : perkara-perkara malang ini memang berlaku secara berturut-turut..ikut kronologi..kalau ikut hati nak je aku jerit kuat-kuat masa semua ni jadi..tapi aku tak berapa suka ikut hati..suka hati aku suka..baiklah..baiklah..aku nak tidur..dengan harapan...isnin hari yang bahagia dan bertuah buat aku..



nota kecik:boleh siapa-siapa bagitahu..apa masalah aku????aaaaaaaaaaarrrrrrrggggggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

entry selamat hari raya maaf zahir batin

jangan pelik..entry ni dah ditaip 2minggu yang lepas dan tak perlu gelak..tak perlu nangis..aku memang dah tak ada hati nak berblog sekarang..nanti lah aku cari hati lain..beli dekat giant..ok jugak..hari ini dah hari ke berapa syawal?ha kira-kira..pakai jari tu...jadi dikesempatan ini, aku nak mohon ampun andai sepanjang aku berblog ni aku ada menyinggung hati dan perasaan kalian semua..mana tahu,anda-anda terasa seperti anda diperkatakan dalam blog ini..jadi aku nak mintak maaf lah..harap aku dapat kembali berblog dan bila dah kembali berblog, aku akan cuba bawa sesuatu yang baru.

syawal aku kali ni lebih meriah daripada biasa..tak hangat dah namanya..ni dah masuk kategori hangit,hangus..tapi disebalik kemeriahan dan kegembiraan tu,tak dapat dinafikan yang aku rindu dekat seseorang yang memang aku tak pernah miss nak berbuka dengannya setiap kali ramadhan walaupun sekali saja aku balik kelantan, seseorang yang aku tak pernah miss nak peluk, cium dan salam dengannya setiap kali syawal walaupun bukan di pagi raya..kerinduan tu memang aku tak dapat nafikan..jauh disudut hati aku, ada simpan semua kenangan dengannya..aku rindu dia..

arwah 'mok' nenek aku yang kembali ke rahmatullah pada 11.07.2010. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin,soleh dan solehah.

dah-dah..tiba-tiba aku nak menangis dalam loker sekarang..baik kita teruskan perjalanan raya kita dengan:

1 Syawal


standard la pagi syawal memang wajib ada sesi fortografi.encik abah kurang tidur gamaknye..puan mama pula terkenangkan kuah laksa didapur.mereka semua nyawa saya.

bersama boyfriend saya
bersama kekasih hati

cupcakes di pagi raya

dipagi raya juga wajib ada gambar budak kecik ni

encik abah bersama aiman
2 Syawal & 3 Syawal
duduk rumah goyang bontot. tunggu orang datang beraya..macam budak kecik ni buat..ini memang gambar raya kedua.
bajet hot

4 Syawal
beraya dengan kawan-kawan..best woo..best woo...tak pernah keluar beraya dengan kawan-kawan.

edisi raya tak cukup masa
5 Syawal
keluar beraya lagi.kali ni lagi meriah..semua kawan-kawan aku masa sekolah rendah berkumpul..ditambah dengan kawan-kawan masa form 1- form 3..walaupun antara mereka ni tak kenal pon 1 sama lain, tapi tetap happening.juga pertama kali pergi beraya naik van secara berjemaah..kelakar giler..

camwhore dihadapan rumah orang.edisi raya banyak tempat

camwhore lagi

hah..kami lah geng..geng..geng..van hijau..beraya naik van.kau ade??

dari darjah 1 sampai tingkatan 5..kawan-kawan aku ada yang tak kenal pon tapi still boleh masuk kepala..bagus..
6 Syawal
jadi pak supir puan mama. masa ni jugak kawan-kawan masa Form 4 sampai Form 5 dekat seri kuantan datang beraya..sepatutnya pergi konvoi dengan mereka-mereka nih..tapi disebabkan syurga dibawah tapak kaki ibu, tak dapatlah aku join..

7 Syawal
jadi pak supir muhazim..bawak beliau pergi beraya..

8 Syawal
pergi meronggeng rokiah..eyh bukan rokiah..rokiah ialah puan mama..pergi meronggeng bersama kawan-kawan..keluar pergi makan steamboat dekat Johnny's..memang terbaik dari ladang..tak dapat ikut dyorang jalan lama-lama sebab biasalah..semua anak encik abah ada curfew..


the Johnny's


tiba-tiba gua rasa nak makan steamboat



nota kecik:aku rindu arwah mok tua aku..arwah tokki..ya allah..tempatkanlah mereka ditempat orang-orang beriman. amik kau..entry raye orang lain dah berhabuk..amik..amik..nak sangat