Friday, April 30, 2010

trailer - Lagenda Budak Setan (tak sabar den nak tengok)



inilah yang ditunggu dari aku form 3 kalau tak silap aku..siapa yang tak pernah baca novel LAGENDA BUDAK SETAN dan sekuelnya memang rugi!! rugi kau tahu!!! first novel yang aku baca..terus aku jatuh cinta dengan karya Ahadiat Akashah..novel lain aku tak berapa layan..kenapa yang ini yang aku tunggu??sebab aku kalau baca novel mesti nak bayang muka hero,heroin..karakter dengan suasana dalam novel tu skali..memang dalam kepala otak aku nih dah boleh buat drama..dan sekarang, dah pon difilemkan..aku belajar menangis baca novel dengan novel nih..belajar ketawa sorang-sorang dengan novel nih..sekarang aku tengok trailer pon rasa macam nak nangis..tapi of course la filem tak akan sama dengan yang dalam novel..kalau nak buat sama..kena buat drama..60episod belum tentu habis..maybe nanti ganti drama ADAMAYA mungkin..haha..so..ada yang nak tengok dengan aku tak??hehehe..don't worry kita sama-sama bayar~~lalalalaa

Sinopsis Filem credit to (liriklagumuzik.co.cc)

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.



Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntut cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak

Lakonan: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Raja Farah, Sheila Mambo
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.



nota kecik:nak cari boyfriend sebelum tengok filem ni boleh??huuu~~
Photobucket

Thursday, April 29, 2010

sedikit pengetahuan yang patut dikongsi bersama

setelah sekian lama dibiarkan blog ini tidak berupdate..dah macam blog tinggal aku rasa...tunggu masa hantu datang bertandang..kau jangan..nanti ada update sendiri..padahal tuan dia tengah berhempas pulas jawab exam..haha..ok tak tahu motif intro..dah lama tak menaip macam nih la..selama ni sibuk menaip report sampai 2 report kena hantar dalam masa seminggu..jadi jangan terkejut kalau nanti tiba-tiba keluar reaction-reaction kimia dan sewaktu dengannya..

tahap kebosanan aku di UMP sekarang sudah level 17..sikit lagi nak naik level 18..kalau naik level 18 jadi apa??tak jadi apa-apa..jangan risau..setakat jadi super saiya tu mungkin la..mungkin..perasaan jeles menyelubungi diri apabila melihat orang ramai yakni warga UMP menyorong papan tarik papan..eyh bukan..meyorong beg..tarik beg..itu pon kalau mereka pakai beg tarik versi AF..kalau bukan beg tarik bukan masalah aku..student-student dari fakulti lain sudah melaungkan merdeka dan kemas-kemas barang sebab nak balik kampung..bukan sebab diorang suka nak kemas barang...aku..masih di UMP..masih setia di sini..menanti detik untuk tamat final exam dan dijangka habis minggu hadapan..sekarang??masa berfoya-foya sebab gap sangat lama..sangat lama..sangat lama..ye..3 kali baru cukup syarat..sekarang boleh bayangkan betapa lamanya gap aku??tak boleh?tak apa...aku tak kesah..

oleh kerana terlalu bosan..FB menjadi medium utama untuk mengtransfer kebosanan aku..dan hasil dari bermuka buku..aku main application nih..

sila klik untuk tumbesaran yang tidak terbantut

menurut FB aku ada peluang sebanyak 88% untuk berkahwin dan bakal mempunyai 7 orang anak..subur sungguh..aku harap begitu la..tapi menurut pertimbangan aku...bakal suami aku seorang yang kaki bola dan sudah tentu kalau tanya nak anak berapa orang..secara cliche dia akan jawab..biar boleh buat team bola..jadi 7 tak cukup..aku harap bakal suami aku mampu la nak menanggung anak seramai satu team bola..jadi paling kurang gaji kau kenalah lebih dari gaji aku..nak tahu gaji aku..tengok kat atas tu..bukan nak berlagak..tapi itu kenyataan..

lagi..FB kata aku spent 26 tahun untuk tidur dan 794 jam ditandas sepanjang hidup aku..yang ni aku malas nak komen banyak..entah betul ke tidak..paling tak sekarang ada orang tengah skodeng aku nak buat statistik aku tidur berapa lama..aku pergi tandas berapa lama..ohh dah tiada privasi hidup i..dan akhir sekali..FB kata aku hidup sampai umur aku 81 tahun dan dia boleh tahu berapa ramai yang datang masa hari tersebut dan berapa orang yang datang sebab nak rebut harta aku..yang ini tak payah percaya la..nanti jatuh syirik pulak..hidup mati tu ditangan TUHAN..

dah banyak nih mengarut..nanti-nanti aku update lagi..sekarang nak pergi tengok wayang..sambil baca buku..hehh...


nota kecik: nak rebut harta aku??tak payah la..nanti aku bagi sikit sorang..semua merasa..

Photobucket

Thursday, April 15, 2010

terkial-kial jari menaip

mestilah ada sebabnya..nanti aku cerita..happy sangat sampai nak cerita pon tak boleh.. dalam kurungan padahal malas nak cerita..okt2 janji..dalam masa 2minggu atau kurang aku cerita..buat ,masa sekarang..doakan aku dapat jawab final dengan cemerlang gemilang dan terbilang

nota kecik:first time ni babe


Photobucket

Sunday, April 11, 2010

ouhh i jumpa faizal tahir..dia memang HOT and COLD

selamat malam...ini bukan lagu faizal tahir..bukan...mentang-mentang baru lepas jumpa faizal tahir...tak kesah la..siapa lu faizal...yang penting tak berapa nak ada kaitan dengan hidup aku..yang ada kaitan sekarang...aku nak update blog...


baik aku sepi dari blog sekarang sebab aku busy mengalahkan orang busy body..dan untuk record diri aku sendiri.. hampir 5 hari aku tidur pukul 4-5 pagi siapkan projek..dan semalam aku muntah(bukan disebabkan pembawakan budak tapi pembawakan angin dalam kepala)..sampai sakit aku nih ha...sekarang boleh bayang tak kebusyan aku? tak boleh sudah..bukan masalah aku..dan minggu depan dah pon start study week dan seterusnya final exam jadi makin jauh la aku dari blog ini..mungkin lepas final baru ada update baru KOT..kalau waktu study tidak diganggu makhluk-makhluk jahat seperti facebook atau lebih kepada INTERNET,tiadalah update...dan sudha pasti ada gangguan..aku yang akan pastikan..haha..


sekarang aku mahu tidur...jadi jom tidur sama-sama...


nota kecik: memang macam ape jek..tak ada idea..lama sangat tak menaip..


Photobucket

Saturday, April 3, 2010

pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat

aku malas dah nak bagi alasan..kenapa aku tak update.kenapa aku tak update...kenapa aku tak update..sebabnya aku malas..semua malas..malas update dan malas bagi alasan..nak bagi alasan aku busy pon malas..cliche katanya...nanti aku cerita aku busy dengan assignment..busy dengan projek..busy dengan presentation..busy dengan test,ada orang yang perlli-perli aku...jadi aku malaslah cerita..tapi aku nak cerita 1 perkara yang membuatkan aku update malam ni..

al-fatihah atas pemergian Mior Ahmad Fuad atau Din Beramboi..serius aku suka dia..serius aku ketawa dengan lawak dia...siapa nak buat aku ketawa pagi-pagi dalam kereta lagi?kalau pagi-pagi muka aku ketat semacam tapi bila dengan Din buat drama sebabak aku boleh ketawa terbahak-bahak (^_^") hilang muka ketat..tapi life's goes on...aku belajar sesuatu dari pemergian arwah...tak kira masa..tak kira umur..tak kira sebab...tak kira siapa, bila sampai ajal.kita akan pergi juga mengadap ILAHI...semalam kita dengar dia buat lawak..hari ni dia sudah tiada... aku selalu dengar.. orang yang buat orang lain bahagia orang lain gembira boleh dapat ganjaran pahala yang besar...kira berapa ramai yang dah arwah bahagiakan..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin...

dah update...sekarang mahu membusykan diri~~


nota kecik:memang sengaja buat tajuk tak ada kena mengena dengan entry...


Photobucket