Monday, October 4, 2010

cause i had a bad day!

ini pulak entry baru taip sekarang. hari yang malang bagi aku..bukan happy sunday..tapi gloomy sunday..apa masalah aku tak tahu

perkara malang pertama : pergi basuh baju dekat mesin,balik dari buat kerja eXpoconvo niat di hati nak ambil baju..tengok2 mesin buat hal..air bertakung..turun balik..naik bilik di aras 2 nak ambil syiling..nak keluarkan air..turun balik..naik balik ke aras 1 bilik dobi..baru nak letak syiling...black out..fius tertendang..tahniah buat aku..rasa macam nak bagi penerajang maut kat mesin-mesin yang dah agak lama tak kena penerajang maut aku. turun balik.

perkara malang kedua : pergi beli makanan..on da way balik bilik..biasalah daki tangga sampai aras 2..noted ARAS 2!!! tapi aku boleh terlajak samapi aras 3..ape ke bangangnye..aku tak sedar atau aku memang sengal....turun balik..

perkara malang ketiga : tengah bak pasang laptop, ntah macam mana tangan aku terlanggar air yang beli di cafe tadi..abis carpet dan jugak sejadah aku..tahniah..kena basuh lagi..tidak dilupa, baju yang bertimbun dalam mesin jahanam itu..haha..maaf bahasa kurang supan. dari kerja banyak jadi kerja bertimbun!

pesanan : perkara-perkara malang ini memang berlaku secara berturut-turut..ikut kronologi..kalau ikut hati nak je aku jerit kuat-kuat masa semua ni jadi..tapi aku tak berapa suka ikut hati..suka hati aku suka..baiklah..baiklah..aku nak tidur..dengan harapan...isnin hari yang bahagia dan bertuah buat aku..



nota kecik:boleh siapa-siapa bagitahu..apa masalah aku????aaaaaaaaaaarrrrrrrggggggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment