Monday, June 14, 2010

review siri TV : The Vampire Diaries

baik...cukup cerita pasal bola..nanti cerita lagi lain kali..tapi nak cerita sikit boleh? bolehkan..sebab ini blog aku..haishh..setakat hari ini, aku nampak corak permainan untuk world cup kali ni still suam-suam kuku..kira macam tengah warming up lagi..maybe belum ada match yang hebat-hebat. tapi semalam Argentina dengan Nigeria..fuhh..what a game..messi cuba skor banyak kali tapi gagal..mess betul si messi itu..tapi effort dia patut dipuji la..dan jangan pandang rendah dengan Nigeria..pertahanan dia cukup kuat sampai letih si Messi cuba sumbat gol tapi tak lepas-lepas..ada jugak 2 3 kali Nigeria bikin Maradona cuak..tapi kemenangan berpihak pada Argentina..dan tak lupa Korea monang bosar la jugak..Asia untuk Asia okeh konsep sekarang.. 2-0 menentang Greece..sangat kagum..

silap tajuk ke hapa..patutnya review bola..baik tukar balik mood..review siri TV : 2. dah dua..nak tahu review siri TV : 1 klik SINI bukan sana..heh..bikin lawak cerdik di malam hari. The Vampire Diaries..cerita ini bagi aku sangat best kalau mahu dibandingkan dengan Twilight.. dan jauhhhhhhh lagi best dari True Blood.. aku serik tengok true blood..tengok episod 1 minit ke-2 dah buat aku berdosa dan terus mendelete cerita itu dari pandangan mata aku..hah..lain kali jangan suruh aku tengok cerita yang bukan-bukan ye en.bintang.aku ni kategori suci dalam debu lagi.muahaha...nampak sangat tipu...dan korang jangan gatal pergi google pulak..nanti jumpa video cerita ni yang pelik-pelik jangan salahkan aku..


dan reason yang kuat untuk aku kate cerita ni best adalah sudah tentu hero yang hensem terbaik dari ladang..bukan ladang tapi hutan...dah namenye vampire..dan jalan cerita dia pon menarik..nak kenal pelakon kacak dan jelita?? tak nak sudah...


  • Nina Dobrev (Elena Gibert/Katherine Pierce) - heroin ini cerita..baik bila cerita pasal vampire, heroin mesti antara yang kebal dengan makhluk-makhluk tak berapa nak halus nih..dan same la untuk ceirta ni..memang dia aje yang berani untuk watak perempuan la..mana tak kalau takut tak de lak kau dapat balak vampire kan..tapi itu untuk watak Elena..dan untuk Katherine pulak dia nih la yang jadikan 2 orang hero dalam cerita ni vampire..kira dia ni macam starter la..bukan starter pack xpax..nak tahu lebih lanjut boleh la google tak pon tengok sendiri cerita ni oke..tak kan aku nak cerita dari A-Z..sampai esok pon tak habis..


  • Paul Wesley (Stefan Salvatore) - hero pertama cerita nih..bagi aku biasa-biasa je..tak la hensem mana..(walaupun) haha..boleh la..maybe sebab dia nampak cool dan rilex orangnya jadi dia jadi hero..dia ni vampire baik..kalau pada awal cerita dia digambarkan sebagai vampire yang bersopan santun dan berbudi bahasa..dia ni jugak tak minum (minum ke hisap ek?) lantak la yang mana pon..dia tak minum darah manusia..pada awal cerita la..pastu ada split personaliti kejap, dia pegi minum darah manusia..dah ketagih..tapi hasil didikan aweks tersayang(Elena) dia kembali ke jalan yang benar..heeeehhhhh...review tak boleh bla..haha...tapi ada kisah disebalik dia yang cool ni..tak caya?kena tengok..

  • Ian Somerhalder (Damon Salvatore) - yang paling aku tunggu - tunggu nak buat review..haissssh..walaupun 2nd hero..tapi tetap menjadi pujaan hati..abang kepada Stefan yang sememangnya watak jahat pada awal cerita..memang jahat sampai kita rasa dia ni tak ada hati perut..suka hati main hisap darah orang..dah tu bunuh-bunuh tu mainan dia je..dan dia jadi macam tu sebab nak sangat-sangat jumpa dengan kekasih hati dia Katherine. macam - macam cara dia nih buat untuk jumpa balik kekasih dia yang dah terpisah 145 tahun kauuu...dan seperti kebiasaannya memang favourite aku watak - watak macam ni..contoh masa review gossip girl kan fav. aku si Chuck Bass tu..hah skang dia nih pulak..watak yang ala-ala budak setan nih..sebab tu aku suka cerita Ali Setan..tetiba..haha

  • Steven R. McQueen (Jeremy Gilbert) - hamik kau sekali panjang nama betul dia..ok..sebab nak review jugak dia of course la..hensem kot..cair gua beb..tapi dia ni tak jahat pon..cuma kesian kat dia semua perempuan yang dia nak kena tinggalkan dia..dan penerimaan dia pada vampire nih sangat cool je..dalam kata lain bila kita tahu yang dia ni vampire of course la kita takut kan..tapi mamat nih rilek je..siap nak suh tukarkan dia jadi vampire lagi..Jeremy ni adik kepada Elena..dan cerita nih banyak la bergantung kepada asal keturunan nenek moyang diaorang..

kesimpulannya memang cerita ni best tapi satu je la kena ingat..tengok boleh..percaya jangan..haha..ada banyak lagi review-review yang bakal menyusul selepas ini antaranya Glee dan Chuck..tunggu aje la bile..tahun depan kot...




nota kecik: review movie tak ada..sebab aku jarang pegi panggung..download kat torrent je..huhu..tu pon of kos la yang dah kua 2 3 minggu..

No comments:

Post a Comment