Thursday, April 29, 2010

sedikit pengetahuan yang patut dikongsi bersama

setelah sekian lama dibiarkan blog ini tidak berupdate..dah macam blog tinggal aku rasa...tunggu masa hantu datang bertandang..kau jangan..nanti ada update sendiri..padahal tuan dia tengah berhempas pulas jawab exam..haha..ok tak tahu motif intro..dah lama tak menaip macam nih la..selama ni sibuk menaip report sampai 2 report kena hantar dalam masa seminggu..jadi jangan terkejut kalau nanti tiba-tiba keluar reaction-reaction kimia dan sewaktu dengannya..

tahap kebosanan aku di UMP sekarang sudah level 17..sikit lagi nak naik level 18..kalau naik level 18 jadi apa??tak jadi apa-apa..jangan risau..setakat jadi super saiya tu mungkin la..mungkin..perasaan jeles menyelubungi diri apabila melihat orang ramai yakni warga UMP menyorong papan tarik papan..eyh bukan..meyorong beg..tarik beg..itu pon kalau mereka pakai beg tarik versi AF..kalau bukan beg tarik bukan masalah aku..student-student dari fakulti lain sudah melaungkan merdeka dan kemas-kemas barang sebab nak balik kampung..bukan sebab diorang suka nak kemas barang...aku..masih di UMP..masih setia di sini..menanti detik untuk tamat final exam dan dijangka habis minggu hadapan..sekarang??masa berfoya-foya sebab gap sangat lama..sangat lama..sangat lama..ye..3 kali baru cukup syarat..sekarang boleh bayangkan betapa lamanya gap aku??tak boleh?tak apa...aku tak kesah..

oleh kerana terlalu bosan..FB menjadi medium utama untuk mengtransfer kebosanan aku..dan hasil dari bermuka buku..aku main application nih..

sila klik untuk tumbesaran yang tidak terbantut

menurut FB aku ada peluang sebanyak 88% untuk berkahwin dan bakal mempunyai 7 orang anak..subur sungguh..aku harap begitu la..tapi menurut pertimbangan aku...bakal suami aku seorang yang kaki bola dan sudah tentu kalau tanya nak anak berapa orang..secara cliche dia akan jawab..biar boleh buat team bola..jadi 7 tak cukup..aku harap bakal suami aku mampu la nak menanggung anak seramai satu team bola..jadi paling kurang gaji kau kenalah lebih dari gaji aku..nak tahu gaji aku..tengok kat atas tu..bukan nak berlagak..tapi itu kenyataan..

lagi..FB kata aku spent 26 tahun untuk tidur dan 794 jam ditandas sepanjang hidup aku..yang ni aku malas nak komen banyak..entah betul ke tidak..paling tak sekarang ada orang tengah skodeng aku nak buat statistik aku tidur berapa lama..aku pergi tandas berapa lama..ohh dah tiada privasi hidup i..dan akhir sekali..FB kata aku hidup sampai umur aku 81 tahun dan dia boleh tahu berapa ramai yang datang masa hari tersebut dan berapa orang yang datang sebab nak rebut harta aku..yang ini tak payah percaya la..nanti jatuh syirik pulak..hidup mati tu ditangan TUHAN..

dah banyak nih mengarut..nanti-nanti aku update lagi..sekarang nak pergi tengok wayang..sambil baca buku..hehh...


nota kecik: nak rebut harta aku??tak payah la..nanti aku bagi sikit sorang..semua merasa..

Photobucket

No comments:

Post a Comment