Friday, April 30, 2010

trailer - Lagenda Budak Setan (tak sabar den nak tengok)



inilah yang ditunggu dari aku form 3 kalau tak silap aku..siapa yang tak pernah baca novel LAGENDA BUDAK SETAN dan sekuelnya memang rugi!! rugi kau tahu!!! first novel yang aku baca..terus aku jatuh cinta dengan karya Ahadiat Akashah..novel lain aku tak berapa layan..kenapa yang ini yang aku tunggu??sebab aku kalau baca novel mesti nak bayang muka hero,heroin..karakter dengan suasana dalam novel tu skali..memang dalam kepala otak aku nih dah boleh buat drama..dan sekarang, dah pon difilemkan..aku belajar menangis baca novel dengan novel nih..belajar ketawa sorang-sorang dengan novel nih..sekarang aku tengok trailer pon rasa macam nak nangis..tapi of course la filem tak akan sama dengan yang dalam novel..kalau nak buat sama..kena buat drama..60episod belum tentu habis..maybe nanti ganti drama ADAMAYA mungkin..haha..so..ada yang nak tengok dengan aku tak??hehehe..don't worry kita sama-sama bayar~~lalalalaa

Sinopsis Filem credit to (liriklagumuzik.co.cc)

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.



Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntut cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak

Lakonan: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Raja Farah, Sheila Mambo
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.



nota kecik:nak cari boyfriend sebelum tengok filem ni boleh??huuu~~
Photobucket

1 comment:

Sengal Ubi said...

semuanya tipikal.

boring...

Post a Comment