Sunday, December 13, 2009

aku nak jadi hero...err heroin

okay korang jangan risau ini bukan entry nak cerita siri tv kegemaran sebab aku tak gemar pon HEROES..aku tengok complete 1st season sahaja..masuk 2nd season storyline dah start mengarut..aku dah tak boleh terima..tapi KALAULAH...kalaulah ditakdirkan untuk aku ada satu kelebihan atau dalam bahasa orang putih 'super power' *(ini bukan iklan super power yang keluar jin hijau lepas tuh suami isteri terus bertenaga nak buat keturunan) aku memilih untuk ada power baca fikiran orang macam dia ni dalam HEROES------->


*gambar daripada en.google bin seman

aku tak nak kuasa yang boleh buat orang sakit ke..boleh buat orang mati..aku nak baca fikiran orang itu sahaja..sebab aku PARANOID...suka fikir yang bukan-bukan..suka fikir yang orang benci aku..sedangkan aku sendiri tak tahu kebenarannya..aku nak tahu apa orang fikir pasal aku..apa yang orang lain tengah fikir..sama ke apa yang aku fikir dan orang lain fikir..dan sebab yang terbaik kenapa aku nak power ini...kalau orang lain tengah fikir yang bukan-bukan, mengarut, memalukan, aku boleh gelakkan mereka puas-puas..haha..perasaan yang bagus...sebab aku pon tak bagus sangat..kalau dapat orang yang tengah fikir lucah lagi mantap...aishhh..gua suci..sesuci lebaran..tapi yang aku musykil..kalau aku dah tahu apa yang orang fikir pasal aku,dan memang sah orang tu tengah kutuk aku hina aku dalam otak mereka boleh lak aku duduk diam macam almari kan..mesti perang punya..paling tak aku hentak je ngan almari..ada yang dapat sakit gak cam tu..jadi kesimpulannya tak payah la ada super power ni.. melainkan korang memang dapat anugerah daripada-NYA..boleh tengok hantu ke..jadi genius ke..tu memang rezeki korang..tapi jangan salah guna pulak..buat khianat orang lain..

aku..lantak la orang nak fikir apa pasal aku yang penting aku,family aku,kawan-kawan rapat aku tahu siapa aku..dan yang paling penting sekali TUHAN tahu siapa aku..kalau aku ada buat silap dan ada yang membenci aku mintak maaf..mintak maaf bukan mintak duit..kadang-kadang kita manusia nih tak lari dari melakukan kesilapan..aku akui aku bukannya baik sangat..tak ada orang yang sempurna..

jadi apa motif entry kalau aku ada super power tapi tak nak pulak super power tu?entah..biar aku fikir sendiri..korang tak payah fikir..buat berat kepala..baik korang fikir pasal mak bapak korang ke..


nota kecik:korang nak super power apa?kongsi-kongsi sket..super saiya ke..superman ke...beras super ke..


yang suke membebel:
Photobucket

1 comment:

Post a Comment