Friday, December 11, 2009

antara masin dan manis

aku rasa aku baru sahaja post tentang perasaan aku nak menutup wireless kat rumah..tetapi hasrat hati ni entah siapa yang dengar hari ini wireless rumah aku buat hal. aku ingat aku gembira rupanya aku menjadi sangat bosan tahap gaban bila tidak dapat online lebih-lebih lagi berfesbuk. tak keruan hidup aku..dah malam baru nak ada line..saja nak duga aku..masin betul mulut aku..tiba-tiba rasa seperti seorang ibu sebab biasa mulut ibu sahaja yang masin..ooh..mungkin jodoh bakal sampai tak lama lagi..haha...

oleh kerana aku bermulut manis..oh..mulut aku dah macam siakap tiga rasa kerana ada rasa masin,manis errr masam tiada..sambung kembali..oleh kerana aku bermulut manis semalam,kononnya mahu rajin update blog..jadi aku terpaksa mengupdate juga walaupun aku rasa mahu tidur sekarang.tiba-tiba rasa mengantuk..masa berfesbuk tak mengantuk...terang lagi bersuluh aku malas nak update..tak apa...aku gagahi jari jemari aku..(lihat-lihat..ouh lupa kalian tidak nampak..aku memang dah start mencarut mengarut) jadi mahu berhenti sekarang...




nota kecik:selamat tidur semua



yang suke membebel:
Photobucket

No comments:

Post a Comment