Monday, November 23, 2009

ice ice baby..sejuk ahhh

malam ni aku memang terlebih rajin.mungkin sebab sejuk..aku pon tak tahu.mungkin jugak entry kat bawah nih makan tuan bila aku kata aku da muntah online.aku online sahaja tapi tak update blog.jadi sekarang aku nak online dan update blog.heh.update?aku dah out dated.suka hati aku lah..okeh sekarang mahu cerita banyak-banyak.nak kata aku menipu kat entry sebelum ni pon tak boleh jugak sebab aku memang bosan.tapi kalau diikutkan ada jugak yang aku buat.tapi lepas tu aku bosan balik.masa buat tu bosan pon ada jugak.sila abaikan bahasa aku yang makin cemerlang nih.mungkin sebab sejuk.lagi sekali salahkan sejuk.ok aku buat kronologi senang nak baca.macam aku baca kronologi kisah natrah kat wiki.kan senang nak paham.cuba buku sejarah semua buat kronologi sahaja.mesti best.tak payah baca ayat panjang berjela yang sebenarnya baru mukadimah..dah habis mukadimah aku terus tidur.patutlah essay aku time SPM untuk sejarah pendek saja.markah pon pendek.

selasa - 17/11 (masih di UMP)
  • bangun tak pagi. mandi dan terus makan.haha.
  • kemas bilik sambil tengok shibata
  • macam suri rumah lipat baju sambil layan movie.memang boleh buat bini.
  • siap kemas telefon kakak aku.dia nak ambil malam.mana boleh..semua barang dah sumbat dalam bag.
  • sampai dirumah teruja sekejap.sekejap sahaja sebab ramai sangat orang.macam hari raya
  • cazen2, jiran tetangga ada dirumah.sebab nenda ada dirumah.tahu nenda aku ada dirumah dah lama sebab weekend tu aku balik sekejap.sebab tu teruja sekejap saja.
  • nenda adalah menetap di kelantan. (tiada kaitan rapat dengan kronologi rutin harian aku)
  • macam biasa layan diri sendiri sebab ada dirumah sendiri.
  • aku dah tak ingat sangat apa aku buat.
rabu - 18/11
  • kurang pasti apa yang aku buat.
  • online
  • bermain masak-masak mungkin
  • ramai saudara mara lagi sekali
  • oh ya.yang ini patut di atas. bangun awal pagi.kemudian tidur balik bila saudara mara pulang ke rumah.bangun sudah tak pagi
  • online
  • tengok movie
khamis - 19/11
  • tak pasti.
  • tak ingat
  • online
  • tengok tb
  • tengok movie
  • terperuk dalam bilik tak keluar-keluar
  • lepas tu tidur balik
jumaat - 20/11
  • hari yang sangat mengujakan.sekali lagi sekejap sahaja.lepas tu dah tak teruja
  • hari ini dimarahi oleh nenda..apekah..
  • saudara mara datang ke rumah.sepupu aku nak kahwin.jodoh dengan orang pahang
  • rumah aku ramai orang. excited kena tolong pnrokiah buat kerja rumah..haha..tipu
  • malam.akad nikah.secara sahnya sepupu aku dah jadi milik mutlak isterinya.aku rasa statement itu tak perlu
  • statement yang perlu aku tak pergi majlis tu kerana aku dan along kena tinggal.dah la tak tahu rumah pengantin kat mana.jadi kami patah balik.penat saja aku pakai cantek-cantek kalah pengantin.heh aku xtengok pon pengatin malam tu.
  • pulang dengan hampa dan online lagi
sabtu - 21/11
  • bangun awal pagi sangat-sangat.betul sangat-sangat sebab pnrokiah menjadi alarm clock yang tak perlu diset timing..haha..pagi esok kena mintak ampun dengan pnrokiah.
  • dah bangun dengan keadaan separa sedar pnrokiah bagi arahan tumbuk sambal.dipagi hari.sebab tu masakan pnrokiah tiptop.semua manual.ye manual.ooh ya..saudara mara dari kelantan breakfast dah biasa dengan nasi putih dengan lauk.jadi pnrokiah masak nasi berlauk siapa orang kelantan mesti tahu.
  • layan tetamu.haha...
  • bersiap untuk ke majlis persandingan.berarak.bukan minum arak.tapi berarak menghantar pengantin lelaki.hujan tak hengat.semua yang pakai cun-cun mesti kecewa sebab end up basah jua..oohh kecuali pengantin.
  • menjadi dulang girl.membawa barang hantaran.aku basah tak apa.jangan barang basah..haha..tipu.
  • makan laju-laju tak sempat minum air terus cabut balik.
  • tak balik lagi singgah rumah ayah de aku di geliga.makan otak-otak dan satar.family kami bukan makan otak orang tapi otak-otak.suka hati korang.
  • sempat duduk di atas kerusi ogawa milik bapa saudara.geli mat.
  • pulang.makan lagi dan minum air.
  • online
ahad - 22/11
  • bangun pagi lagi(siyes aku xcukup tidur)haha..
  • hantar nenda ke muka pintu sebab sudah mahu pulang ke kelantan.tapi depan pintu bilik sahaja sebab tak jadi.laluan ke kelantan tutup.banjir.
  • bersiap untuk ke rumah cazen aku..mesti kalian bosan. baik..aku ade ramai cazen..belah hjbadruddin sahaja ada sepuluh orang.walaupun hjbadruddin hanya ada 3orang adik beradik termasuk dirinya.
  • cazen aku buat housewarming.pindah rumah baru dekat batu 11.kuantan sahaja.
  • makan
  • pulang.singgah di KFC mini karnival di SUKPA.untung ada hjbadruddin yang sebenarnya ada projek disitu.dapat makan KFC free..
  • pulang.
  • tidur sekejap
  • online
  • tidur balik
  • bangun online
  • apekah???!!!
isnin - 23/11




nota kecik:sepanjang minggu adalah hujan tanpa henti.jadi tak dinyatakan.hari ini baru hujan agak kurang.oo....memang tiada gambar untuk hari perkahwinan.semua busy.busy nak mengelak dari hujan.dalam rumah pon busy juga. lihat kronologi hari aku...mesti ada online.sebab itu aku kata sudah muntah mahu online.



yang suke membebel:
Photobucket

4 comments:

.....Ijat... said...

chomelllllllll......
sukenyeee......
online 24 hours... hahaha

Nurlina Mahmudin said...

heaven gle idop ko tikah,haha
seronok!!!:)

atiekah said...

ijat - rite..24/7..on9 jek..bosan dah..haha..siapa chomel?aku kan...

lina - haha..heaven la sgt..gua bosan dowh...

lina said...

me too!!!nk kua kene minx duit dulu..sengsaranye idup merempat!hahah

Post a Comment